Assalamualaikum,

Untuk makluman tuan2 dan puan2, satu tabung bantuan yang dinamakan Tabung Infaq FSTM telah diwujudkan untuk meringankan beban pelajar KUIS khususnya FSTM dalam menuntut ilmu. Alhamdulillah, dari hari Tabung Infaq ini ditubuhkan seramai lebih 30 orang pelajar telah menerima bantuan kewangan dalam bentuk;

i. bantuan sara hidup (RM50/minggu ~ maksimum 17 minggu)
ii. bantuan pembayaran yuran pengajian (menjelaskan baki pinjaman ~ pelajar hanya perlu membayar balik separuh dari pinjaman)
iii. bantuan kewangan sekiranya berlaku kematian ibubapa/penjaga pelajar.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”. Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Kami amat mengalu-alukan sekiranya anda berminat untuk membuat sumbangan bagi membantu pelajar-pelajar di KUIS dalam jihad mereka dalam mencari ilmu. Anda boleh salurkan sumbangan tersebut melalui akaun

Bank Mualamat

Tabung Infaq Pelajar FSTM 1210 0000 5477 12.

Gambar Jumble Sale sempena pengumpulan dana tabung kebajikan pelajar FSTM KUIS