Tujuan Tabung Infaq Pelajar KUIS ini diwujudkan ialah untuk membantu pelajar yang layak. Ini untuk membantu pelajar dari segi kewangan supaya pelajar yang kurang berkemampuan dapat menumpukan kepada pengajian di KUIS. Inisiatif ini juga diharapkan dapat memberi dorongan kepada pelajar KUIS untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
 
​Mohon kerjasama semua  membuat hebahan berkenaan perkara ini kepada semua pelajar dan kumpulan mentee masing-masing.
Perhatian dan kerjasama Dr./Tuan/Puan berhubung perkara di atas amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.