“Satu masalah besar beli laptop baru: student beli laptop baru tapi selepas setahun (lebih kurang) tetiba software unable/locked. Ada kemungkinan recond, atau second hand. Mostly student kata beli baru. Ciri2 yg sama kebanyakan laptop adalah yg berharga sekitar RM1000 ke bawah, tapi spesifikasi power macam laptop RM4000”. Jadi macam mana nak kenalpasti laptop recond?

Ciri-ciri ketara laptop second-hand/recond:

  1. Warranty yang ditawarkan kurang daripada setahun.
  2. Tahun pengeluaran CPU, GPU, laptop terlalu lama daripada tahun pembelian laptop.Sebagai contoh, 3 tahun ke atas. Boleh check tahun keluar bila di laman web rasmi pengeluar.
  3. Kualiti kerangka laptop berkurang(calar, patah, kemik dan sebagainya).
  4. Tidak datang sekali dengan kotak laptop kerana selalunya laptop second datang dengan pengecas dan laptop itu sahaja.
  5. Harga yang ditawarkan sangat murah dengan spec yang tinggi seperti core i5, i7 besertakan GPU nvidia tapi dengan harga RM1500 kebawah.

Kalau ada silap maafkan saya kerana masih belajar untuk mengenal laptop second. 
(Kredit jawapan kepada Muhammad Zahiruddin pelajar FSTM KUIS
https://www.facebook.com/ZAHIRUDDINNN )


Seterusnya – panduan memilih laptop untuk keperluan anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera yang membaca, terima kasih kami ucapkan kepada anda kerana mengunjungi blog kami ini.

Adakah anda tidak tahu memilih laptop yang bersesuaian? Jom kita baca tips memilih laptop !!

Membeli sebuah laptop adalah satu soalan yang yang tidak mempunyai jawapan yang jelas. Tidak kira kategori bajet anda, pilihan laptop di dalam pasaran adalah terlampau banyak. Laptop terbaik tidak ada  kerana terdapat pelbagai jenis pengguna yang lain kerenahnya. Jadi anda tanya saya laptop apa yang terbaik, tiada jawapan yang mudah dan saya hanya akan berikan anda satu senarai, kriteria untuk memandu anda dalam memilih laptop yang akan anda beli.

1.Mengetahui perisian dan program yang akan paling banyak digunakan.

  • Sebelum membeli komputer anda perlu membuat pelan pembelian berdasarkan apakah yang anda akan lakukan dengan komputer tersebut.
  • Jika anda banyak menggunakan perisian yang menggunakan ‘core’ yang tidak banyak seperti Adobe sebaiknya anda komputer riba dengan cip Intel sebagai pilihan anda.
  • Jika anda memerlukan lebih kuasa pemprosesan untuk kerja-kerja yang intesif dengan grafik ( Video UHD/4k, Animasi 3D ), CPU AMD seperti Ryzen adalah pilihan yang lebih baik.
measuring_screen_size_3

2. Saiz Laptop

  • Bergantung dengan apa yang akan anda lakukan dengan laptop yang akan anda beli, anda mungkin hendakkan laptop dengan saiz yang bersesuaian. Laptop tidak boleh diubahsuai saiznya jadi pilih dengan berhati-hati.
  • Pilihan saiz bermula dari sekecil 11.6 inci hinggalah 17.3 inci. Pilih 14inchi lebih mudah dibawa, tidak terlalu besar, sesuai masuk dalam beg laptop. 15inci mungkin agak berat dan ketara besar bila dimasukkan dalam beg.
keyboard

3.Kualiti keyboard

  • Sepanjang anda menggunakan laptop anda untuk melakukan sebarang kerja, anda pasti akan menggunakan keyboard untuk masa yang sangat lama jadi anda akan inginkan keyboard yang selesa. Anda akan nak elakkan keyboard yang terlampau padat juga kerana akan susah untuk digunakan terutamanya yang selalu menaip laju.
  • Keyboard yang terbaik adalah yang mempunyai  layout yang selasa dan key bersaiz penuh terutamanya arrow key. Keyboard yang responsive memberikan ‘feel’ menaip yang sebaiknya dan keyboard backlit (berlampu) adalah satu bonus bagi yang selalu menaip waktu malam atau tempat yang malap.
  • Sebaiknya, ianya sangat membantu untuk cuba keyboard selalu membeli mana-mana laptop, terutamanya yang akan banyak menaip.

4.CPU

Pada masa kini, kebanyakan kilang menggunakan CPU Intel’s Core untuk pakej laptop mereka. Cara mudah untuk klasifikasi adalah Core i3, Core i5 dan Core i7.

  • Core i3 adalah cip pemproses ‘entry-level’ yang menduduki kebanyakan laptop bersaiz kecil (12-13.3 inci). Core i3 CPU dual-core yang juga jimat tenaga dengan prestasi sederhana namun lebih baik dari Core m dan seagkatannya. Untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, teknologi seperti Hyperthreading dan Turbo Boost digunakan.
  • Paling kurang pilih Core i5; merupakan kategori cip yang mainstream, mempunyai 4 core fizikal untuk prestasi yang lebih baik mewakili keseimbangan harga dan prestasi. Secara asalnya, Core i5 dibekalkan dengan clockspeed cip yang tinggi ditambah dengan TurboBoost untuk kuasa kecemasan jika masih tidak mencukupi. Core i5 banyak digunakan dalam laptop bersaiz 13.3 inci hingga 17 inci.
  • Core i7 merupakan kategori cip prestasi tinggi dengan jarak harga yang tinggi dan luas. Core i7 mempunyai pelbagai jenis dari jumlah core (4,6 atau 8), menggunakan semua teknologi prestasi daripada kategori sebelumnya dan malangnya, memberikan haba yang lebih banyak ketika penggunaannya. Jadi hanya laptop prestasi bersaiz besar (15.6inci ke atas) yang menggunakan Core i7 atas dasar untuk memuatkan system yang sesuai dengai cip ini membawa kepada laptop yang lebih berat.

Terdapat juga laptop yang menggunakan cip pemproses dari AMD. Jika anda merupakan peminat produk AMD, anda digalakkan membeli laptop yang menggunakan cip dari kategori A8 hingga A12 mengikut bajet anda .

Diingatkan juga bahawa Core i3 , core i5 dan core i7 adalah CPU yang dapat menampung software – software pada masa kini , jadi tidak menjadi suatu masalah kepada kita di kemudian hari jika kita memilih core yang telah disebut di atas kerana bersesuaian pada masa kini . Laptop kita mungkin akan berlaku sesuatu yang dipanggil “lagger” kerana kurangnya power pada core , core seperti pentium , celeron atau dual core adalah sangat tidak bersesuaian dengan masa kini . Jadi , ini adalah bonus tips untuk anda supaya tidak memilih CPU intel’s Core version lama .

ram-how-much-enough

5.RAM

  • Pada masa lalu, anda jarang memerlukan RAM lebih dari 4GB untuk prestasi yang penuh daripada sistem komputer. Namun kini, mungkin yang terbaik adalah dengan mendapatkan RAM sebanyak 8GB sebagai minimum. Jika anda ingin menggunakan perisian yang berat atau kerja yang berat, penambahan sehingga 16GB adalah yang terbaik.
  • Apakan kebaikannya? RAM yang lebih banyak membolehkan lebih program dan aplikasi berjalan pada masa yang sama, sangat membantu untuk kerja-kerja seperti mengedit foto atau membuat pemprosesan video.
whats-the-difference-ssd-vs-hard-drive

6.Storan.

  • WHATS THE DIFF? Jika anda sedang membuat pilihan untuk membeli laptop atau system PC, anda akan perasan kebanyakan kilang telah menggantikan storan Solid State Drive (SSD) sebagai storan utama. SSD memberikan kelebihan prestasi tulis/baca (write/read) berbanding hard disk (HDD), sangat senyap, bersaiz kecil dan tidak terlalu memanaskan laptop anda terutamanya yang akan selalu menaip untuk keselesaan anda.
  • Paling berbaloi pilih SSD (saiz minimum 512GB) – banyak tugasan nak dibuat, terutama multimedia dan pengeditan video. Sesiapa saja boleh jadi content creator sekarang atau youtuber.
  • Namun, storan SSD lebih mahal sedikit berbanding HDD dan pilihan yang ada cuma 128GB, 256GB atau 512GB. Jika anda memilih untuk memilih laptop yang menggunakan SSD sebagai storan utama, anda boleh memilih laptop yang mempunyai storan kedua (selalunya HDD 500GB) atau terus membeli storan luar (anggaran dalam RM240++ untuk 1TB, RM300++ untuk 2TB).
5113cf7fce395fb17e000000-1024x560

7.USB 3.0

Pada masa kini, jika laptop tidak mempunyai sekurang-kurangnya 1 port USB3.0, mungkin anda boleh mencari laptop lain untuk dibeli. Apakah kelebihannya? Kelihatan sama seperti USB port biasa, namun USB 3.0 (port biru) 10x lebih laju daripada USB 2.0 (port hitam), sangat berguna untuk memindahkan fail yang besar (video HD/UHD, aplikasi) dengan tempoh masa yang lebih sekejap. Terdapat laptop yang telah mula menggunakan USB Type-C membolehkan laptop itu menggunakan teknologi yang lebih baru dan lebih pantas pada masa hadapan.

EwSdM6Yw5QQHttJLzoPwve-1200-80

8.Kualiti bina

Malang tidak berbau. Itu kata-kata yang kita pelajari sejak dari kecil. Walau macam mana berhati-hati ketika kita menggunakan laptop, akan terjadi kemalangan seperti laptop terjatuh, terbaling dan yang paling best, termasuk air.

Terdapat laptop modern yang telah dikuatkan binaannya untuk tahan hentakan, mungkin tidak sampai tahap fon Nokia, tapi boleh tahan untuk kehidupan seharian. Ada juga yang boleh melawan tumpahan air atau sepenuhnya kalis air. Jadi sangat berbaloi jika anda boleh mencari laptop yang telah diuji ataupun mempunyai sijil ketahanan sekiranya anda seorang yang agak lasak atau sentiasa cuai.

Semoga tips ini dapat membantu anda dalam memilih laptop yang bersesuaian , segala pilihan terletak ditangan anda . Jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Adam Shah – 01112229516

Iqbal – 0193849132

Jika blog ini banyak membantu anda sila share !! TERIMA KASIH …….