Assalamualaikum w.b.t

Tips Penjagaan Bateri Smartphone

Wassup guys!! Zaman la ni awak-awak semua mesti guna smartphone yang canggih – canggih bukan? Awak semua mesti sering tertekan dengan masalah bateri smartphone yang gagal bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi menyelesaikan masalah yang timbul kepada bateri smartphone yang kamu gunakan seharian, disini kami sediakan beberapa Tips Penjagaan Bateri Smartphone untuk smartphone kamu yang kamu sayangi itu.

  • Mengecas pada waktunya

Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri smartphone habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul pada zaman dahulu kala, tapi tidak zaman ni.

Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan smartphone. Waktu yang terbaik untuk mengecas semula bateri smartphone anda adalah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.

  • DILARANG OVERCHARGING!!

Kembung akibat overcharged

Berkait dengan tips pertama tadi, tips kedua pula adalah dinasihatkan supaya jangan sekalipun cas bateri sebelum tidur. Dan hanya tutup plug ketika bangkit tidur keesokan harinya. Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat lama ketika zaman Nokia dan lain-lain jenama dimana proses pengecasan pada bateri fon sebelum tibanya teknologi Lithium-ion yang memerlukan masa yang lama dan sempat tidur, langsung dibawa perangai tersebut sehingga ke era Lithium-ion. Lebih parah lagi jika kamu mengecas smartphone kamu menggunakan alat pengecas yang tidak mempunyai sistem auto cut-off yang berfungsi sebagai penutup automatik sekiranya sesebuah bateri itu sudah dicas penuh.

  • JANGAN guna smartphone sewaktu charge

Biarkan bateri dicas tanpa gangguan

Ini adalah tabiat yang sering dilakukan bagi mobile gamers dan mereka yang berminat menonton video melalui smartphone. Kesan menggunakan smartphone sewaktu proses pengecasan baik membuat panggilan, bermain game atau menonton video akan menjadikan peratusan bateri untuk penuh dalam kadar waktu yang normal akan menjadi 2 kali ganda. Sekaligus meningkatkan nilai kitaran pengecasan yang akan memberi kesan buruk terhadap bateri smartphone kita. Jadi, dinasihatkan supaya tahan diri janganlah bermain smartphoneanda untuk waktu yang sebentar sahaja untuk membiarkan proses pengecasan bateri habis dan berlaku dengan sempurna tanpa sebarang gangguan.

  • Menggunakan slot pengecas kereta

Banyak buruk dari baiknya.

Elok ke tak elok eh? Menurut Brooke Nelson melalui tulisannya di Readers Digest tabiat mengecas smartphone didalam kereta ini akan membuatkan sesebuah fon itu terdedah dengan kerosakan. Puncanya? kuasa elektrik didalam kereta terutamanya melalui slot pembakar rokok itu membekalkan 10amp secara terus ke bateri fon sedangkan kebanyakan pengecas smartphone hanya menyokong kuasa pengecasan dari 1 hingga 3amp sahaja. Kuasa yang dibekalkan secara tidak stabil itu juga boleh merosakkan bateri komponen dalaman fon, malah lebih parah lagi jika ianya mengakibatkan komponen utama pada sesebuah mainboard.

  • GUNA cable dan adaptor original

Pastikan original, barulah belii

Kabel dan adaptor yang dibekalkan didalam kotak setiap smartphone telah dicipta dengan kadar sokongan kuasa normal dan paling bersesuaian sewaktu proses pengecasan. Namun, ada juga yang masih lagi membekalkan adaptor lapuk dan ketinggalan zaman seperti yang dilakukan Apple yang saban tahun hanya membekalkan adaptor berkuasa 5watt sekaligus menyebabkan fungsi pengecasan pada sesebuah iPhone itu terlalu lama dan memakan masa yang lama jika terus menggunakan adaptor tersebut.

Solusinya? Dapatkan sahaja adaptor berkuasa 10watt ke atas di pengedar sah produk Apple. Pasti pengguna iPhone akan merasakan perubahannya. Huhuhu

  • TUTUP running apps

Running apps di background perlu ditutup untuk penjimatan bateri.

Tahukah anda aplikasi-apilikasi yang digunakan seharian itu tidak ditutup dan akan berjalan sepanjang masa di background? Apabila aplikasi tersebut tidak ditutup dengan sempurna, bateri akan bekerja lebih kuat kerana masih ada lagi aplikasi yang tidak ditutup walaupun secara teknikalnya kita tidak lagi menggunakan dan berurusan dengan aplikasi tersebut.

  • TUTUP fungsi atau features bila TIDAK digunakan

Tutup jika tidak digunakan

Didalam penggunaan seharian, pasti banyak fungsi-fungsi canggih dan hebat pada fon kita digunakan sehingga kadangkala menyebabkan kita terlepas pandang pada perkara kecil akibat sibuk dengan kerja lain. Diantara fungsi yang kerap digunakan adalah WiFi yang pada dasarnya hanya digunakan ketika berada didalam rumah atau pejabat sahaja. Ketika berada diluar pasti kita dihubungkan dengan fungsi mobile data.

Tahukah anda fungsi WiFi scanning yang tidak ditutup itu akan mengakibatkan ianya terus bekerja sekaligus memakan bateri? Begitu juga dengan fungsi bluetooth yang memerlukan ianya ditutup secara manual jika tidak lagi digunakan. Biasakan untuk memastikan dengan betul yang ianya dipadam dahulu supaya penggunaan bateri dapat dijimatkan.

  • Automatic brightness

nak terang ke gelap? Ikut lah nak mana pun.

Dizaman smartphone yang canggih ini, penyebab utama sesebuah bateri itu akan cepat habis adalah melalui skrinnya. Sebagai langkah penjimatan bateri, kami sangat mengesyorkan untuk pengguna smartphone diluar sana untuk menetapkan tetapan automatic brightness pada smartphone kamu tu. Ini sekaligus dapat membantu bateri bekerja dengan tahap minimum disuatu tempat yang mungkin berbeza sudut pencahayaannya.

Namun ianya agak tidak sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rabun dan memerlukan kadar pencahayaan yang tinggi disemua tempat. Jika anda seorang yang peka, boleh sahaja untuk terus menggunakan fungsi ini secara manual. Juga sangat digalakkan untuk menggunakan fungsi save mode bagi mengelakkan penggunaan kuasa bateri yang berlebihan pada skrin.

  • ELAKKAN peranti daripada terdedah pada suhu yang tinggi atau terlalu rendah

Beku fon tu kalau ditinggal lama

Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti tidak terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah. Sebagai contoh, sekiranya kamu menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit kamu tu di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan peranti semasa di luar bangunan.

  • Tanggalkan sarung peranti ketika mengecas

kebanyakan dari kita menggunakan casing pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.

Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan casing tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.

Malas nak baca Panjang sangat!

Kesimpulannya disini ialah:

  • Mula mengecas smartphone anda pada 10% hingga 20%.
  • Jangan cas smartphone lama sangat.
  • Jangan main smartphone anda sewaktu mengecas.
  • Elakkan daripada menggunakan slot pengecas kereta.
  • Pastikan cable dan adapter original.
  • Tutup running apps.
  • Tutup features yang tidak digunakan.
  • Aktifkan auto brightness.
  • Elakkan suhu panas atau terlalu rendah.
  • Tanggalkan casing sewaktu mengecas.

Itu sahaja daripada kami. Diharap tips-tips ini dapat membantu kamu semua dalam menjaga smartphone kesayangan kamu dengan baik. Sekian saja dari kami. Terima kasih.

Sumber:https://www.benabasgadget.my/tips-penjagaan-bateri-smartphone-ios-android.htm

Gambar: google image