Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda pengguna sistem operasi Windows 10? Akan tetapi, mungkin sebahagian daripada anda masih lagi tidak mengetahui tips rahsia disebalik windows 10 yang anda guna selama ini. Disini terdapat beberapa tips rahsia yang mungkin memudahkan anda dalam penggunaan Windows 10.

1. Mode ‘Slide Screen Shutdown’

Cara ini agak sukar dan mungkin tidak berbaloi dengan usaha yang anda perolehi. Tapi mari kita cuba, Pertama sekali tekan right-click pada tetikus anda iaitu desktop>new>Shortcut. Seterusnya tekan copy dan paste kod yang disediakan dibawah:

%windir%\System32\SlideToShutDown.exe

Ia akan mencipta satu icon yang boleh ditekan pada ruangan desktop anda, yang mana anda boleh menukarkan semula nama dengan bebas. Untuk shutdown menerusi cara slide-down , tekan double-click pada icon yang baru anda cipta untuk memaparkan Slide Shutdown Interface. Seterusnya, gunakan tetikus anda untuk tolak ke bawah screen komputer anda. Sedikit peringatan, ini bukan untuk sleep mode, tapi untuk shutdown mode.

2. God Mode

Adakah anda seorang pengguna yang mahukan akses penuh kepada pengaturcara windows 10 anda?, God Mode adalah untuk anda. God Mode memberikan anda akses kepada panel kawalan sistem operasi dari dalam satu folder. Nama sebenar mod ini ialah Windows Master Control Panel Shortcut. Tekan right-click pada desktop> new> Folder. Nama semula folder baru dengan kod yang diberikan dibawah:

GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Untuk melihat “God Mode” window, tekan double-click pada folder yang dicipta.

3. Windows 10 Game Bar

Fungsi ini sebenarnya difokuskan untuk mempermudahkan ‘PC gamers’ untuk merekod video dan screenshot permainan video online atau offline mereka. Namun ia juga boleh dimanfaatkan kepada tujuan lain oleh pengguna Windows 10. Tekan butang Window + G untuk membuka ‘Windows 10 Game Bar’.

Apabila Windows 10 Game Bar telah dibuka, anda boleh menggunakan shortcuts berikut:

Windows Key + Alt + R: Mula/Berhenti rakam video.

Windows Key + Alt + G: Rakam video 30 saat sebelumnya.

Windows Key + Alt + PrtScn: Mengambil screenshot.

4. Mod Gelap untuk File Explorer

Mod Gelap telah tersedia untuk Start Menu, Taskbar, Action Center dan aplikasi lain saat ini. Tetapi sekarang anda boleh menggunakan mod gelap pada File Explorer window. Anda boleh kemaskini Mod Gelap dengan tekan pada Settings > Personalization > Colors dan scroll ke bawah sehingga anda melihat Choose your color. Mengubah ia dari light kepada dark.

5.Rahsia di Menu Start Button

Jika anda tekan right-click pada simbol windows di sudut kiri-bawah, ia akan mengeluarkan textual jump menu dengan beberapa destinasi popular yang biasa anda gunakan seperti Task Manager, Setting, File Explorer, Search, Run. Semua pilihan ini tersedia menerusi standard menu interface, tetapi anda boleh mengekses ia dengan segera menerusi textual jump menu ini.

6. Virtual Desktop

Virtual desktop membolehkan anda menyusun aplikasi pada area khusus yang anda buat seperti pada sistem operasi Linux. Anda boleh membuat beberapa virtual desktop yang boleh anda sesuaikan kategorinya. Susunan aplikasi yang sedang anda buka pada area khusus di atas taskbar.

Tekan pada tombol windows + tab atau double click + hold pada Task View di Taskbar. Seterusnya klik + new desktop yang tertera di bahagian atas desktop. Setelah virtual desktop baru tercipta, anda boleh pindahkan aplikasi yang anda mahu ke virtual desktop baru tersebut. Klik dan tahan lalu seret aplikasi yang anda mahu pindahkan ke virtual desktop yang baru.

7. Membuka Kaimoji and Simbol

Klik pada butang windows + period(.) dan Kaimoji dan simbol akan muncul dibahagian menu bawah-kanan. Kaimoji ini terdiri pelbagai watak unicode dan simbol.

Rujukan : https://sea.pcmag.com/operating-systems-and-platforms/21350/25-hidden-tricks-inside-windows-10

Disediakan oleh : Muhammad Farahie Mazelan & Muhammad Zainul Shukor