Game PUBG Mobile ataupun Playerunknown’s Battle Ground Mobile Version tidak menjadi asing lagi dalam kalangan masyarakat, tidak kira usia dan bangsa. Kita boleh jumpa pemain-pemain tegar game tersebut tidak kira di mana jua kita berada, sama ada di kedai makan, di tepi jalan ataupun di dalam kenderaan awam.

Seperti yang kita tahu, game ini berkonsepkan mode Battle Royale, seperti Game of Thrones, dimana kita di turunkan di suatu kawasan bersama dengan 99 pemain lain dan pemenangya ditentukan dengan siapa yang terakhir hidup atau lebih dikenali sebagai ” the last man standing “.

1. Landing di tempat yang betul

Jikalau anda baru dalam game ini, elakkan diri dari pemain-pemain lain di awal game. Jangan terburu-buru untuk turun di “hot zone” atau tempat hotspot dimana kebanyakkan pemain akan turun, seperti Pochinki atau Novoropnoye. Sebaliknya, cuba turun di compound-compound kecil, seperti Gatka dan Mylta. Anda akan mudah untuk jumpa senjata dan barang-barang penting untuk berhadapan dengan pemain lain.

2. Jangan pandang rendah pada shotgun

Pada mulanya, mungkin anda akan terfikir yang shotgun itu bukan senjata terbaik. ANDA SALAH!!! Di awal game, anda lazimnya akan melindungi diri dari pemain lain dalam close combat, dan disinilah shotgun menyerlah.

3. Kerap tukar baju perisai

Kualiti baju perisai akan menurun jika anda ditembak semasa melawan dengan pemain lain. Walaupon anda terpaksa menukar kepada baju perisai yang level lebih rendah dari apa yang dipakai, tidak mengapa. Tukar je. Kerana kualiti baju perisai yang level rendah itu mungkin lebih tinggi dari baju perisai level tinggi yang sudah rosak.

4. Pilih senjata yang biasa digunakan dan dapatkan scope

Apabila anda bermain untuk menang, anda memerlukan senjata yang sesuai dengan gameplay anda. Selepas beberapa game, anda akan jumpa senjata apa yang selesa untuk anda gunakan. Setelah anda menjumpai senjata yang anda selesa, cuba dapatkan senjata tersebut didalam game akan datang dan cuba berpegang teguh dengannya. Walaupun anda terpaksa menukar dengan senjata yang lebih advanced.

Kemudian, dapatkan attachment yang sesuai untuk senjata anda. Cuba cari scope yang mantap untuk membunuh pemain lain di jarak yang jauh.

5. Jangan prone jika anda ditembak oleh Sniper

Apabila anda ditembak dari jarak jauh, jangan terus meniarap. Musuh tersebut dapat advantage keatas anda kerana dia sudah tau posisi anda, jadi dia cuma perlu turunkan sedikit aim untuk membunuh anda. Bam, you’re dead!!!

Jadi, apa yang anda perlu buat hanyalah simpan senjata, lari zigzag and run like hell.

6. Gunakan Headphone/Earphone

Bunyi memainkan peranan penting dalam game PUBG. Sama ada untuk mendengar team voice chat, arahan dari squad ataupun bunyi tapak kaki musuh dipersekitaran anda.

7. Manfaatkan sistem Peek-and-Fire

Untuk menggunakan sistem ini, anda hanya perlu pergi ke Settings > Basic dan kemudian turn on Peek & Fire. Sistem ini membolehkan anda untuk mengintai di sebalik pokok atau dinding sementara itu anda boleh menembak musuh tanpa mendedahkan seluruh tubuh anda. Tetapi anda masih mendedahkan anggota yang paling penting, iaitu kepala anda. Jadi, berhati-berhati dan prepair helmet level 3.

8. Keseronokkan PUBG ditambahkan lagi dengan rakan-rakan

Game PUBG akan lebih menarik jika anda bermain dengan rakan-rakan anda. Lebih seronok jika anda bermain bersama-sama disatu tempat. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kawan, malah ia juga dapat menaikkan rating kemenangan anda.

Jikalau 1 pemain berlawan dengan 99 pemain lain, memang sukar untuk menang. Tetapi dengan mode squad, anda dapat bekerjasama dengan rakan-rakan dalam membantu dan merawat sesama sendiri serta ia juga memudahkan anda untuk mendapatkan “chicken dinner”.

Sekian dari kami Mohd Najib Mansor dan Ahmad Muaz Azizi.