Melayari internet, menggunakan email ataupun bermain game adalah antara perkara yang pasti pernah dibuat oleh masyarakat sekarang. Ada juga diantara kita yang melakukannya secara berkala setiap hari.

Secara tidak sengaja, masalah safety dan security mungkin akan dihadapi oleh anda. Tetapi, jika anda sentiasa update software anti-virus dan meletakan password yang susah pada semua akaun online anda, atau menukarkannya secara berkala, mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah safety dan security ini.

Persoalannya, adakah anda melakukannya??? Jadi, bagi memastikan anda menggunakan komputer dalam keadaan selamat dan terhindar dari hacker diluar sana, jom baca sedikit tips ringkas yang admin mahu kongsikan dengan pembaca semua.

­­Sebelum kita teruskan dengan cara untuk protect dari virus – virus yang makin berleluasa sekarang ni kan, jomlah kita kenal dulu beberapa jenis virus yang selalu dijumpai dalam dunia sekarang ni.

 

  1. TROJAN HORSE

Tujuan virus Trojan dibuat adalah untuk mencuri data dan mengambil alih akses kepada peranti anda tanpa anda sedari. Virus ni boleh menjangkiti pada peranti anda melalui email yang diterima, iklan – iklan yang anda tekan di internet dan juga melalui online form yang anda isi. Melalui virus ni la hacker akan menjalankan attack ransomware.

 

  1. WORM

Virus ni dicipta untuk menggandakan dirinya sendiri. Mungkin tak nampak merbahaya jika bilangannya ada satu atau dua tetapi apabila lama dibiarkan, virus ini akan menyebabkan storage harddisk anda penuh. Jika fail yang dijangkiti dengan virus ini dikongsi dengan rakan anda atau rakan sekerja anda, ia akan menyebabkan masalah yang besar di pejabat anda dan mungkin menyebabkan network anda sesak.

 

  1. MEMORY RESIDENT VIRUS

Virus ni pula akan menjangkiti memori ram anda. Setelah berada dalam ram anda, virus ini kan terus ada dan virus ini akan kekal aktif saat anda menghidupkan, sehinggalah anda mematikan peranti anda . Ia akan menganggu proses – proses yang anda jalankan, contohnya menyebabkan software corrupt dan tak dapat dibuka.

 

  1. FAT VIRUS

Fat virus atau File Allocation Table virus adalah sejenis virus yang mampu untuk masuk ke direktori – direktori di dalam computer anda. Virus ini akan menyembunyikan fail – fail anda dan membuatkan seolah – olah fail tersebut hilang atau dah dipadam.

 

  1. POLYMORPHIC VIRUS

Polymorphic virus adalah sejenis virus pintar yang mengubah jenis – jenis data dan fungsi fail itu sendiri. Virus ni boleh merubah code dalam banyak cara. Antaranya, nama fail dan encryption. Ciri – ciri virus ini menyebabkan ia susah dikesan antivirus.

 

  1. DIRECTORY VIRUS

Directory virus adalah sejenis yang mengubah maklumat direktori yang menyatakan lokasi fail anda dan menukarnya dengan maklumat yang lain. Contohnya, anda nak cuba buka file .exe tapi fail tersebut tak keluar atau akan ada error. Kalau virus ni dah merebak ia akan menyebabkan banyak fail tak dapat nak dibuka dan komputer akan lambat.

Ehh? Ade banyak jenis virus rupanya. Sekarang mari kita meneruskan pembacaan kita kepada topik cara – cara mengatasi virus – virus tersebut.

Masalah berkaitan virus ini terkadang memang memeningkan kepala, namun disebabkan ketidakendahan kita menjadikan masalah itu menjadi lebih teruk dan ada yang sampai tidak dapat diselesaikan, bahkan terpaksa menformat semula laptop ataupun komputer.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati! Jadi untuk mengelakkan daripada tersekat dengan masalah virus, berikut kami kongsikan sedikit  secara asas tentang tips dan cara menangani masalah virus ini:

 

  1. ELAKKAN! daripada menggunakan storan seperti USB, External HardDisk dan sebagainya, yang tidak diketahui akan asal usulnya, atau dengan kata lain bukan milik kita.

Sebabnya data yang terdapat di dalam storan tersebut mungkin sudah tercemar dengan virus yang dapat merosakkan laptop ataupun komputer.

 

  1. Jangan selalu amalkan penggunaan perisian CETAK ROMPAK! (pirate software), lagi-lagi dimuat naik melaluipunca yang tidak diketahui.

Perisian cetak rompak boleh dikatakan lazimnya adalah sejenis perangkap penulis virus. Perisian  asal yang sudah diubah oleh programmer dengan memasukkan virus selalunya dijual semula dengan harga yang rendah, malah ada juga secara percuma. Jadi, BERHATI-HATI!

 

  1. BERHATI-HATI apabila membuka e-mel (attachment).

Rata-rata penulis virus sangat mahir menggunakan internet dan mengenali perangai (behaviour) pengguna awam dalam menggunakan internet, yang gatal tangan  selalu memuat naik file attachment tanpa usul periksa. Jadi, PASTIKAN! attachment tersebut benar-benar selamat dan dihantar oleh orang dipercayai.

 

  1. INSTALL dan GUNAKAN ANTI-VIRUS

Perisian anti-virus adalah satu utiliti yang membolehkan virus didalam komputer atau laptop dikesan dan juga dimusnahkan. Terdapat pelbagai perisian anti-virus yang boleh didapati masa kini, seperti AVG Anti-virus, Mc Afee Anti-Virus, Norton Anti-Virus, dan Windows sendiri terdapat Windows Defender, kami merasakan mungkin kerana virus seringkali kerap terdapat pada Windows dan tidak pada OS yang lain. Pada kebiasaannya perisian anti-virus ini terdapat update dan upgrade bagi memastikan ia mendapat database anti-virus yang terbaharu. Jadi, ia mungkin dapat menyelamatkan laptop atau komputer.

 

  1. UPDATE, AND UPDATE! Update Operating System yang digunakan.

Lubang (vulnerabilities) yang mungkin terdapat pada operating system kerap dijadikan jalan oleh penulis virus untuk memecah masuk. Sebaik manapun dan semahal manapun anti-virus yang digunakan, tetapi jika lubang operating system tidak di-patch-kan, virus akan tetap mencari jalan masuk kedalam OS. So, UPDATE!! JANGAN LUPA!

 

Berikut pula secara ringkas, praktik yang sangat perlu dilakukan tetapi kerap diendahkan :

  • SENTIASA! scan removable drive, seperti USB, External HardDisk sebelum digunakan.
  • SCAN! file attachment daripada e-mel sebelum dibuka.
  • WASPADA! dengan link pelik-pelik yang ada pada mesej facebook, whatsapp website lain.
  • PASTIKAN! mengaktifkan firewall ketika mengguna wi-fi ditempat awam.
  • GUNAKAN! HTTPS untuk memastikan keselamatan ketika melayari internet.