Selain gambar, media sosial turut dipenuhi dengan video-video menarik seperti sepanjang sambutan Aidilfitri, hari keluarga, reunion sekolah dan macam-macam lagi!

Ramai dalam kalangan kita yang teringin nak menghasilkan video yang menarik dan gempak, tapi tak tahu caranya. Okay, dengan memuat turun menerusi App Store dan Google Store di Smartphone, korang dah boleh menghasilkan video yang menarik seperti yang korang idamkan.

Berikut adalah antara 4 aplikasi yang terbaik untuk menghasilkan video!

1)InShot

Inshot ni merupakan aplikasi yang cukup senang untuk korang buat simple video. Korang boleh tambah lagu dengan mudah je kat dalam video ni, sekali gus boleh mengubah keseluruhan mood rakaman tu. Menarik kan ?!

Antara ciri-ciri suntingan dalam InShot.

Selain itu, ada juga fungsi filter bagi mengubah tona warna video korang 🙂

2) Viva Video

Mesti korang pernah dengar pasal Viva Video kan ? Tapi korang tak tahu macam mana nak guna kan ? Viva Video ni cukup popular sebab fungsinya yang pelbagai, Viva Video ni alternatif yang paling mudah untuk korang.

Selain daripada tambah muzik latar dan kesan bunyi khas, korang boleh tambah sticker untuk menaikkan seri video dan jadikan video korang lebih playful dan meriah.

Paparan antara muka Viva Video yang mudah dan ringkas.

3) Splice

Aplikasi yang popular dalam kalangan pengguna GoPro ini malangnya tidak tersedia untuk pengguna Android. Bagi mereka yang mempunyai peranti iOS, Splice merupakan senjata yang cukup power dalam penghasilan video.

Paparan antara muka Splice yang cukup ringkas dan mudah.

Semestinya muzik latar dan kesan khas turut tersedia dan boleh mengubah speed video. Anda juga boleh menambah teks pada video.

STEP-BY-STEP PENGGUNAAN APLIKASI SPLICE VIDEO EDITOR

4)Storybeat

Last sekali, aplikasi yang cukup penting khususnya untuk paparan video di Insta Story korang !

Storybeat menjadikan video Insta Story anda lebih meriah dengan elemen muzik.

Iyalah, kadang kala kita lebih selesa muat naik video di Insta Story je. Jadi sangat penting untuk korang bagi menambah seri dan mood keseluruhan video yang dihasilkan.

Semoga aplikasi-aplikasi ini dapat memudahkan anda untuk mengedit video dengan lebih unik dan menarik ! Jangan lupa share ye dengan kawan-kawan 🙂

#KUIS #FSTM #tutorial #video #editing #trend #simple #easy #Smartphone