Hello guys!!! Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak syarikat pengeluar telefon pintar yang berlumba-lumba melancarkan peranti masing-masing. Sebut sahaja, kelas peranti atau pertengahan, untuk bermain permainan video atau swafoto, semua jenis telefon pintar sudah tersedia di pasaran sekarang. Ia sering membuat mereka yang mahu membeli telefon baru rambang mata untuk memilih telefon yang ingin dibeli.

Namun, sebelum membeli telefon pintar, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Di sini kami akan tampilkan 8 tips yang boleh dianggap paling penting perlu anda ambil tahu sebelum membeli telefon baru.

  • BAJET

Dalam membeli apa sahaja jenis barangan, bajet adalah perkara paling penting untuk diambil kira. Jika anda mempunyai bajet yang besar, mungkin tiada masalah untuk anda memiliki peranti kelas flagship. Namun jika bajet anda adalah sederhana, tidak perlu untuk anda meminjam semata-mata untuk membeli peranti kelas flagship. Gunakan bajet yang ada dengan bijak supaya anda tidak terbeban dengan hutang kelak. Ramai di kalangan remaja mahupun dewasa sanggup mengikat kontrak bersama telco tertentu bagi membeli peranti kelas flagsip ini. Maka, silalah membuat kira-kira dengan sebaiknya sebelum membuat jual beli.

  • KEGUNAAN

Sebelum membeli sesebuah peranti, kita di wajibkan untuk mengetahui kegunaan dan tujuan utama kita membeli telefon pintar tersebut. Bagi yang gemar mengambil gambar dan swafoto, anda perlu melihat dengan teliti mengenai spesifikasi kamera depan dan belakang dan mencuba terlebih dahulu. Jika anda berpuas hati dengan kualiti gambar yang di hasilkan, tiada masalah untuk anda membeli. Model yang memfokuskan tentang kualiti kamera dan penghasilan gambar yang baik adalah seperti Iphone, Google Pixel, dan Oppo.

Bagi yang meminati permainan video pula, anda perlu melihat dari segi cip pemprosesan, ram, dan ruang storan. Cip pemprosesan yang sesuai bagi permainan video tanpa sebarang gangguan atau lagging adalah A13 bionic, snapdragon 855+ dan hisilicon kirin 980. Kesemua cip pemprosesan ini adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya dan tiada sebarang masalah dalam permainan video.

  • UMUR PERANTI

Umur adalah perkataan yang paling sesuai untuk menentukan tempoh berapa lama sesebuah peranti itu sudah berada dalam pasaran. Perkara ini adalah penting kerana pengeluar peranti pada umumnya akan menyokong kemaskini perisian sesebuah peranti itu selama 2 hingga 3 tahun sahaja.

Jadi, jika peranti yang anda mahukan sudah berada di pasaran sekitar tempoh itu, adalah dinasihatkan untuk anda cuba mencari peranti lain yang mempunyai spesifikasi hampir serupa tetapi lebih baru berada di pasaran.

  • PROCESSOR, RAM DAN INTERNAL STORAGE

Dalam aspek ini, tanya diri anda terlebih dahulu. Anda main games? Kerap main games? Tidak main langsung?

Baik, maklumat ini adalah khusus bagi penggemar games yang menggunakan telefon pintar. Anda perlu tahu mengenai processor, ram, dan juga storage. Processor terkini yang hadir adalah A13 Bionic, Snapdragon 855+, dan hisilion kirin 980. Ketiga-tiga processor ini tidak mempunyai sebarang masalah bagi games yang terkini dan diakui cukup berkuasa dalam kelasnya.

Ram pula adalah berfungsi bagi menyimpan apps yang anda buka untuk kegunaan processor. Sebagai contoh, ketika anda membuka facebook dan pada masa yang sama ada whatsapp yang masuk dalam notifikasi. Anda boleh membuka whatsapp dan kembali semula kepada youtube untuk terus menonton video. Itulah fungsi Ram yang menyimpan setiap apps yang anda buka dan boleh membuka semula apps tersebut walaupun anda sedang membuka apps yang lain.

Internal storage adalah ruang storan bagi peranti. Ia di tugaskan untuk menyimpan apa sahaja fail yang di muat turun oleh anda. Sebaiknya, jika anda seorang yang gemar memuat turun video, anda di sarankan untuk membeli peranti yang mempunyai ruang storan yang besar atau menyokong kad sd untuk ruang yang lebih besar.

  • PENGECASAN PANTAS

Apa makna pengecasan pantas? Mana lebih penting? Kapasiti bateri atau pengecasan pantas?. Sebenarnya pengecasan pantas adalah jauh lebih penting kerana ia dapat memberi kelebihan penggunaan kepada pengguna. Sebagai contoh, peranti anda tahan pada setengah hari sahaja selepas di cas sehingga penuh. Jika peranti anda menyokong pengecasan pantas, anda tidak perlu risau untuk menggunakan peranti tersebut di mana sahaja.

Pengecasan pantas ini hadir dalam pelbagai bentuk mengikut syarikat pengeluar. Tetapi fungsinya tetap sama. Cuma yang menjadi perbezaan adalah kuantiti kuasa yang di sertakan di plug adapter. Ada yang 18w, 30w, dan yang terkini sehingga 60w. Tempoh masa mengecas bergantung kepada kuantiti kuasa tersebut. Semakin tinggi kuantiti kuasa, semakin singkat masa yang di perlukan untuk melengkapkan cas penuh. Akhir sekali, sila pastikan anda menggunakan cable yang original dan mempunyai pengesahan sirim kerana di khuatiri akan menjejaskan peranti anda dan perkara yang tidak diingini berlaku.

  • KUASA KAMERA KELAS FLAGSHIP

Cakap pasal kamera mesti orang suka sangat. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Kerja nak selfie je kan?. Kat sini kita bincangkan sejauh mana kuasa kamera kelas flagship ni?. Terlebih dahulu anda perlu tahu apa itu flagship. Flagship ini adalah peranti yang premium dan mempunyai spesifikasi yang paling tinggi. Peranti ini juga dikatakan peranti cukup sifat berdasarkan harga yang di tawarkan boleh membuatkan akaun anda tinggal habuk. Kamera kelas flagship ini memfokuskan kualiti gambar yang sangat baik dan jelas. Setiap jenama mempunyai flagship mereka tersendiri. Sebagai contoh, iphone 11 pro max yang baru sahaja di lancarkan oleh apple dan ia adalah flagship dalam kelasnya. Spesifikasi kamera peranti ini adalah wide angle, ultra-wide angle, telephoto lense, dan night mode. Ciri-ciri ini cukup sempurna bagi peranti ini yang dapat menghasilkan kualiti gambar standing DSLR. Wide angle adalah fungsi baharu yang di tambah oleh apple bagi pengalaman kamera seperti gopro. Ultra-wide angle pula adalah bagi menangkap keseluruhan gambar dan objek dalam jarak yang dekat tetapi pada paparan ia jauh dari jarak sebenar. Night mode juga fungsi yang baharu untuk penghasilan gambar yang sangat menarik pada waktu malam tanpa bantuan cahaya. Semua objek dapat di lihat dengan cukup sempurna jika anda mengaktifkan fungsi ini.

  • RELEVAN ATAU TIDAK?

Android dan ios adalah platform yang berbeza. Android adalah platform yang di kongsi oleh pelbagai jenama telefon pintar. Manakala ios hanya di gunakan oleh Apple sahaja. Terserah kepada pengguna sendiri kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Baiklah, jenama yang menggunakan platform android mengeluarkan peranti mereka terlalu kerap. Ini menyebabkan peranti sebelumnya tidak lagi up-to-date disebabkan oleh ada jenama yang lebih baharu di keluarkan. Apple pula mengeluarkan peranti mereka setahun sekali dan peranti mereka yang berusia 4 tahun masih relevan dan masih mendapat kemaskini terkini. Anda boleh nilai sendiri pilihan yang terbaik berdasarkan baki dalam akaun anda. Jika anda membeli android, anda akan mendapat kemaskini mungkin dalam masa 2 tahun sahaja di sebabkan banyak peranti baharu yang di keluarkan. Bagi apple, mereka menamatkan kemaskini terkini hanya pada peranti yang telah berusia dan berstatus usang.

  • KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Ini perkara terakhir sebelum anda payWave kad debit anda. Biasanya dalam kalangan remaja memang suka sangat lah benda yang up to date ni. Semua benda nak baru tanpa memikirkan baik buruknya. Dalam hal ini, biasanya remaja memilih kehendak berbanding keperluan. Bila melihat telefon pintar baharu keluar terus nak beli tanpa memikirkan dahulu sebelum membuat pembelian. Jika peranti yang di gunakan masih mendapat kemaskini terkini, maka tidak perlulah menghabiskan wang untuk membeli yang baharu semata-mata untuk berlagak dengan rakan-rakan yang lain. Seterusnya, keperluan ini biasanya di fikirkan oleh orang yang sudah berkerjaya dan berkeluarga. Bagi mereka yang sangat memerlukan peranti yang baharu, sila semak terlebih dahulu kegunaan harian yang amat perlu dan penting. Semak bajet anda dan sebab yang kukuh kenapa anda memerlukan peranti yang baharu. Lepastu baru lah boleh payWave kan?.

Kesimpulannya berfikirlah sebelum anda mengeluarkan duit untuk membuat pembelian. Jangan sampai anda menjadi hamba kontrak semata-mata ingin menunjuk-nunjuk. Semoga tips ini membantu dan memberi manfaat kepada anda semua.

Thank you……..