Assalamualaikum,

Hai traveller sekalian…

Korang sedang merancang untuk travel ke luar negara ke tu? Pergi mana? Korea ke Jepun?  Okay, sebut sahaja melancong, pasti kita semua akan terasa teruja. Ya lah, siapa yang tak suka dapat peluang melancong ke luar negara, melihat budaya orang lain dan belajar benda baru sambil menghargai keindahan CiptaanNya. Bahkan, seseorang muslim memang digalakkan untuk ‘travel’ dengan kata lain bermusafir dan mengembara ke serata dunia.

Tetapi, sebagai seorang muslim kadangkala kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu travel, lebih-lebih lagi bila nak travel ke negara bukan islam atau minority muslim. Nak baca sign board pun dah pening, inikan pula nak beranikan diri untuk cuba makanan tempatan yang belum tentu halal. Pelbagai perkara yang merisaukan kita kan. Macam mana nak tahu waktu solat? Kat mana nak solat? Kat mana restoran halal yang berdekatan? Halal ke makanan kat pasaraya tu?

Hah. Jangan risau traveller. Dunia sekarang kan dah maju dengan kemudahan teknologi yang pelbagai. Di sini, kami sediakan beberapa aplikasi percuma yang sesuai untuk membantu pengembaraan korang.

  1. Muslim Pro

As we know Muslim Pro adalah salah satu aplikasi yang mesra muslim dan yang paling popular digunakan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia malah seluruh negara. Ia mempunyai lebih 10 juta pengguna, dan telah dimuat-turun lebih 45 juta kali sehingga ke hari ini. Selain android, aplikasi ini juga boleh dimuat turun dalam versi iOS. Aplikasi ini mengandungi sejumlah kandungan agama, termasuk menyemak kiblat, akses kepada al-Quran digital, serta ciri-ciri menarik yang lain seperti pencarian tempat-tempat makanan halal yang diiktiraf dan masjid/surau. Jadi bagi traveller Muslim yang gemar melancong ke negara-negara yang minoritinya Islam khususnya bolehlah menggunakan aplikasi ini bukan sahaja menarik, namun mudah untuk digunakan. 

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bitsmedia.android.muslimpro&hl=en

2. Have Halal Will Travel

Bagi Muslim yang gemar melancong ke negara-negara Asia Timur seperti Korea (Seoul), Jepun (Tokyo) dan China (Hong Kong) boleh lah memuat-turun aplikasi ini.  Apikasi ini boleh  membantu merancang perjalanan dan menyenaraikan restoran-restoran yang berstatus halal. Selain itu, seperti mana-mana aplikasi lain, Muslim Pro misalnya, aplikasi ini juga turut menyenaraikan lokasi-lokasi masjid yang berdekatan. Namun part yang paling penting yang ingin dikongsikan mengenai apps ini ialah, perkongsian “precious memories” dimana kita boleh berkongsi gambar serta pengalaman dengan menggunakan apps ini (Karen bossku!!!).

P/s: Buat masa sekarang aplikasi ini hanya boleh diakses di negara Jepun, Korea dan China. Tapi enggak usah risau bossku, kerana anda boleh melayari lama web mereka (https://www.havehalalwilltravel.com/) untuk ke destinasi lain.

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.halaltravel.hhwt&hl=en

3. Islamic GPS

Islamic GPS  merupakan aplikasi mesra muslim yang pertama menggunakan “ augmented reality” iaitu sejenis kesan visual yang dihasilkan komputer di mana visual tersebut seakan-akan wujud atau timbul. ( WOW!!! Amazing isn’t?!!!). Apps ini membolehkan pengguna mencari masjid, akan tetapi ia mengambil langkah lebih jauh daripada aplikasi yang lain dengan mewujudkan pengalaman mendalam menggunakan realiti tambahan. Jika sekiranya anda memegang smartphone, masjid terdekat (dalam jarak 20 kilometer atau 12 batu) akan muncul dengan arahan. Untuk masjid-masjid yang mempunyai sejarah yang signifikan dan mercu tanda Islam yang lain, maklumat mengenai tapak akan muncul di skrin apabila telefon menunjuk ke arahnya. Gemarkan kelainan download lah apps ini sekarang!!!

Islamic GPS

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.islamicgps.android&hl=en

4. Zabihah

Aplikasi Zabihah ini adalah aplikasi yang cukup terkenal di kalangan traveller muslim. Zabihah adalah aplikasi yang dibanggakan sebagai aplikasi makanan halal terbesar di dunia. Pengguna boleh segera mencari restoran halal, masjid, dan pasar di kawasan mereka atau di mana sahaja dengan mudah. Cara penggunaannya juga sangat mudah. Dan apa yang paling menarik, anda boleh mendapatkan kupon diskaun eksklusif daripada rakan kongsi restoran yang berkerjasama dengan aplikasi ini. Wow Awesomenya!!! Zabihah boleh digunakan di kebanyakan negara, termasuklah di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah.

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zabihah.ui&hl=en

5. Scan Halal

Selain mencari restoran yang menyediakan makanan halal, mungkin korang juga boleh mencari produk makanan halal di pasaraya yang berdekatan. Tetapi mesti kita akan meragui dan merasa was-was dengan pengesahan halal sesuatu produk makanan dan minuman itu. Maka, aplikasi yang boleh menjadi penyelamat anda ialah aplikasi Scan Halal. Aplikasi yang sangat hebat ini dikembangkan oleh perusahaan developer software bernama Ummah Labs & Co. Ummah Labs sendiri merupakan sebuah perusahaan teknologi start-up. Aplikasi ini memerlukan anda mengimbas kod bar produk makanan dan minuman untuk menyemak status halalnya. Aplikasi ini boleh mengakses produk makanan keluaran Amerika Syarikat dan Kanada. Pada masa akan datang produk keluaran United Kingdom, Perancis dan Jerman akan dapat diakses melalui Scan Halal ini.

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.anasrazzaq.scanhalal&hl=en

6. Verify Halal

Mengembara di negara orang, rugilah kalau tak cuba pelbagai produk tempatan mereka. Muat turun saja aplikasi Verify Halal. Aplikasi Verify Halal ini sama seperti aplikasi Scan Halal yang membolehkan pengguna untuk memeriksa pengesahan status halal produk dengan mengimbas kod bar produk tersebut melalui telefon pintar kita. Aplikasi ini dilancarkan hasil usahasama Serunai Commerce dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi Verify Halal amat penting bagi membantu umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia untuk mendapatkan pengesahan halal mengenai status dan ketelusan produk halal di pasaran. Dan yang menariknya, aplikasi ini bukan hanya membekalkan maklumat produk halal makanan, tetapi juga menyediakan maklumat tentang produk kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa yang diiktirafkan oleh Jakim sendiri. Jadi, bagi kaum wanita yang sukakan kepada produk kesihatan dan kosmetik yang dikeluarkan oleh syarikat luar negara bolehlah menyemak kandungan produk tersebut dengan aplikasi ini. Tahukah anda, aplikasi Verify Halal adalah aplikasi telefon pintar yang pertama disokong oleh Jakim. Aplikasi ini boleh didapati melalui platform Android dan IOS. Kini kita semua boleh periksa status halal produk hanya di hujung jari dimana saja kita berada terutamanya apabila kita melancong ke luar negara dan kita tak perlulah risau lagi kalau ragu-ragu makanan tu halal ke tak. Periksa je di Verify Halal.

Install link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.serunai.verifyhalal&hl=en

Verify Halal Apps

Okay gais…Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu serta melancarkan pengembaraan uols ke destinasi pilihan dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Nak travel secara solo pun dah tak perlu risau lagi. Sayonara~~~

Sekian, Assalamualaikum.