Gambar di atas menujukkan hasil tutorial yang kita akan buat menggunakan Laravel. Tutorial ini bersambung daripada modul Training dan TrainingController yang telah dibincangkan dalam http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel2/ .
Kita akan sambung mengedit kod antaramuka dalam resources/views/trainings/index.blade.php untuk menambahkan kotak dan butang carian. Perhatikan pada kod FORM action , url('training')
menunjuk kepada fungsi dalam TrainingController yang akan menerima arahan dan data carian tersebut.
1 |
<form method="get" action="{{ url('trainings') }}" class="form-inline"> |
app/Http/Controllers/TrainingsController.php
Kemudian edit kod logik proses dalam app/Http/Controllers/TrainingsController.php, tambahkan kod pengesahan pengguna di bahagian atas class TrainingController. Ini sepatutnya dilakukan pada peringkat awal lagi. Kod di bawah merupakan pengesahan pengguna, sekiranya pengguna belum login maka antaramuka ini akan terhalang. Sekiranya anda telah menulis kod berikut, maka boleh abaikan langkah ini.
1 2 3 4 |
public function __construct() { $this->middleware('auth'); } |
Seterusnya pergi ke function index()
, dan tambahkan kod berikut untuk membuat carian.
txtsearch
merupakan nama/id kotak teks yang kita telah buat di atas (dalam bahagian form).
1 |
$search=$request->get('txtsearch'); |
Segmen kod berikut akan melakukan penyenaraian biasa sahaja.
1 2 3 4 5 |
if ($search==null){ //display all record $trainings= Training::all()->toArray(); return view('trainings.index', compact('trainings')); } |
Manakala segment kod berikut akan menerima perkataan carian, dan memaparkan hasil carian yang berpadanan.
1 2 3 4 5 6 |
else{ //display record based on search key $trainings= Training::where('trainingname','like','%'.$search.'%'); $trainings=$trainings->get(); return view('trainings.index', compact('trainings')); } |
Butang edit/padam
Untuk menghasilkan butang edit dan pada, kita perlu mengubahsuai kod memaparkan rekod, mohon rujuk tutorial seterusnya dalam masa terdekat. Tutorial Laravel 5: Kemaskini rekod dalam modul Laravel
Siri tutorial Laravel Bahasa Melayu
T0: Pengenalan Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel )
T1: Kaedah install & guna Laragon ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel1 )
T2: Asas CRUD dalam Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel2 )
T3: Penukaran tema/template antaramuka sistem Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel3 )
T4: Carian rekod dalam Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel4 )
T5: Edit dan padam rekod dalam Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel5 )
HPStorm IDE yang lebih baik untuk Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/phpstorm/ )
Kod Sumber dalam GITHUB – https://github.com/khirulnizam/start1
Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.
Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.
Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.