Dari fbprofile Ustaz Kamal Azmi, KUIS

1. Sebelum pesanan dihantar semak nombor / contact betul atau tidak. Jangan jadi seperti kawan acap di bawah.
2. Berikan salam atau ucapan selamat (tanda menghormati beliau dan adab)
3. Perkenalkan diri (No HP anda tidak akan disimpan di dalam HP pensyarah): Nama, No matrik, Program yang diambil, mata pelajaran yang diambil dengan pensyarah (nyatakan no kumpulan dan masa kelas jika terdapat lebih dari satu kumpulan)
3. Nyatakan apa yang ingin disampikan dalam pesanan paling ringkas dan mudah difahami. (jangan buat ayat yang ada bnyk sangat ‘tetapi’ / ‘walau bagaimanapun’. Penat nak sintesis)
4. Tidak menggunakan bahasa singkatan atau bahasa budak we chat.
5. Akhiri dengan ucapan terima kasih dan salam
6. Jangan sangka yang awak akan dapat instant reply. Mesej awak bukan megi yang boleh makan lepas 3 minit. Mohon bersabar walaupun dah blue tick. Jika tidak mendapat maklum balas lebih daripada 2 jama anggap sahaja yang pensyarah tersebut terlalu sibuk. Jika urgent boleh call dan ikut langkah-langkah bermula dengan no 1 (seperti di atas). Jangan hantar mesej tanda soal. Contoh: “ust?” Atau “hai” atau apa-apa lagi yang lain). Apatah lagi tulis, “ust, cepat la reply”. Amboi ingat ust crush ko ke?
7. Harap dapat gunakan profile pic gambar sendiri kerana itu adalah tanda pengenalan anda. Jangan perasan dan guna wajah Ronaldo, Messi ataupun Griezmann. Pelajar perempuan yang minat K-Pop elakkan letak gambar artis Korea dan jejaka yang perasan penyayang, elakkan letak gambar kucing atau hamster. Tetapi yang paling bermasalah meletakkan gambar bukan-bukan seperti di bawah. #tanjatostat nak tercampak henpon.

 

Templete untuk pelajar:

Assalamualaikum

Saya ____Nama dan Matrik ____, pelajar Ijazah Sarjana Muda __________. Saya ambi subjek ____nama subjek ___ dengan ust. Saya group ____ kelas jam ____, hari ___.

Saya ingin maklumkan pada ustaz yang saya tidak dapat hadir esok kerana ______ alasan___. Saya akan berikan surat pada kelas akan datang.

Terima kasih.

 

Contoh yang perlu dielakkan:

Slm ust. Sy d g blk ust, tp ust xde. Skunk sy kat café. T lau ust de, gtau sya yerk. Sy br8first lu. K ust. Sowi kacau 🤗

Seminggu ust ambil masa nak pecahkan kod di atas.

 


Penulis: Ustaz Kamal Azmi – adalah Pensyarah di FPPI KUIS.
Post asal di;

Adab Menghantar Pesanan Ringkas (Whatsup, Telegram, Messeges dll) Kepada Pensyarah atau Cikgu;1. Sebelum pesanan…

Posted by Kamal Azmi on Rabu, 18 Julai 2018