Pernah dengar Steemit? Steemit adalah media sosial berasaskan Blockchain, berbentuk open source, dan memberi ruang dan peluang pada pengguna untuk mengembangkan kreativiti pengguna untuk blogging sambil mendapat faedah yang eksklusif. Sepertimana media sosial lain dapat pulangan bila pengguna download dan guna apps tersebut (Facebook, Instagram, Twitter dsb), Steemit pula berkongsi faedah tersebut dengan penggunanya.

Konsep Steemit ni sama seperti blog, cuma website ni menjana cryptocurrency yang dinamakan dengan Steem, yang mana sudah pun tersenarai dalam Coinmarketcap. Rata-rata orang Eropah dah kenal dan dah biasa dengan istilah Steemit, penggunaan yang agak menggalakkan daripada diorang tetapi tidak popular dalam kalangan kita orang Malaysia. Laman sosial ini sangat jaga integriti data pengguna diorang, dan tidak membenarkan sebarang ads dalam network diorang.

Dengan setiap posting/upvote/resteem yang kita buat, kita menyumbang dalam penciptaan Steem tersebut. Basically, lebih tinggi nilai content yang dikongsi, lebih tinggi pulangan berdasarkan bilangan resteem/upvote yang dimiliki.

Video: A short explanation regarding Steemit

BAGAIMANA NAK DAFTAR AKAUN STEEMIT?

PERTAMA

Pergi ke halaman pendaftaran: https://steemit.com/pick_account

KEDUA

Masukkan nama username yang anda inginkan dan klik “continue”.

KETIGA

Masukkan email address anda dan klik “continue”. Kemudian, anda akan dapat email daripada Steemit, dan klik link yang diberi. (Untuk sesiapa yang mendaftar secara free, akan tunggu selama 1-2 minggu disebabkan bilangan pendaftaran yang terlalu banyak. Untuk yang berbayar, boleh teruskan dengan next step)

KEEMPAT

Untuk “country code“, pilih Malaysia. Masukkan nombor telefon anda dan klik “continue”. Verification code akan dihantar melalui SMS dekat nombor telefon anda.

KELIMA

Setelah verification code diterima, masukkan nombor tersebut pada ruangan “confirmation code” dan klik “continue”.

KEENAM

Pada ruangan username, masukkan username yang dipilih tadi. Seterusnya, copy ‘GENERATED PASSWORD’ anda, simpan dan pastikan supaya tidak hilang, kemudian paste pula pada ruangan ‘RE-ENTER GENERATED PASSWORD’. Pastikan lagi sekali yang generated password tadi dah disalin atau ada copy pada tempat lain.

TAHNIAH..! Anda sudah selesai mendaftar.

BAGAIMANA HENDAK MENGGUNA MEDIA SOSIAL STEEMIT?

Benda penting yang perlu kita tahu pasal Steemit, setiap aktiviti yang dilakukan dalam website ini mendatangkan nilai yang tertentu, sama ada sikit atau banyak. Terdapat tiga ciri-ciri penting yang mendatangkan pulangan lumayan pada kita sebagai pengguna Steemit, iaitu:

1. Post (button pencil)

Bila nak post, kita perlu letak tajuk untuk post kita, kemudian baru boleh letak content yang kita nak kongsi. Boleh attach gambar, kalau nak. Kemudian, ada ruangan tag (lebih kurang macam hashtag) yang boleh kita letak (maksimum 5 tag), dan benda ni sangat penting untuk dapatkan perhatian para Steemers dengan lebih meluas.

2. Upvote (button arrow kecil menghadap atas)

Rupanya seperti arrow kecil menunjuk ke atas. Berfungsi dan berperanan sebijik macam button “like” dalam insta/twitter/fb. Upvote ni boleh klik pada post dan comment.

3. Resteem (button anak panah melekuk)

Berfungsi seperti button “retweet” dalam twitter dan button “share” dalam facebook.

Simbol “post”, “upvote” dan “resteem” pada website Steemit.

Terdapat cara-cara tertentu untuk kita tingkatkan nilai post/upvote/resteem kita, yang mendatangkan pulangan lumayan berbentuk Steem dollar pada kita. Nak tau camne? Haa, kena tunggu next article kami laah..! Hehhee

Ada juga feature lain seperti “follow” untuk follow akaun lain dan tengok content mereka. Selain itu, “comment” pun tak asing lagi bagi kita untuk komen, puji pertikai mahupun kecam post orang lain, dan comment pun boleh di”resteem” dan di”upvote”.

Menarik, kan? Mana lagi kita nak dapat pulangan macam tu bila kita main social media, lagi-lagi dapat cryptocurrency sendiri pulak tu..! Sekarang, para instafamous, tweetfamous, popular snapchatters dah boleh berhijrah ramai-ramai ke platform Steemit ni dan ajak followers-followers diorang join main Steemit sekali, haaa kata sOcIaL mEdiA iNfLuEnCeRs sangat kan? Apa tunggu lagi, JOM DAFTAR AKAUN STEEMIT SEKARANG..!