Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera warga KUIS yang dicintai!

Kita sebagai pelajar mesti banyak assignment yang nak kena selesaikan dengan segera kan? Jadi ada satu masa tu mesti macam letih nak taip semula teks yang ada dekat buku atau nota-nota tu. Kat sini kami nak ajar satu cara yang memudahkan untuk tukar imej ke teks atau nama popularnya OCR. Jom kita berkenalan secara ringkas, apa itu OCR.

OCR atau Optical Character Recognition merupakan satu aplikasi yang menukarkan gambar, atau juga tulisan tangan, ke teks. Ia merupakan antara aplikasi pemudah untuk pelajar, penyelidik, dan pekerja pejabat. Jadi jom lihat senarai-senarai aplikasi OCR yang kami jumpa!


Senarai Aplikasi OCR (Optical Character Recognition)

1. CamScanner (Android dan iOS)

Sumber: Google Image
  • CamScanner merupakan aplikasi pelbagai guna untuk scan dokumen (imej ke pdf) dan juga mempunyai fungsi OCR (imej ke teks).
  • Fungsi OCR di CamScanner hanya untuk versi PRO, korang boleh beli dengan harga $1.99 (RM8.26).
  • Pros: CamScanner mempunyai cloud storage, dan kita boleh simpan macam-macam dalam tu.
  • Cons: Ketepatan fungsi OCR dalam aplikasi ini agak lemah, dan kalau nak edit dokumen korang kena subscribe dulu dengan plan premium. Alamak!

2. Google Lens (Android)

Sumber: Google Image
  • Google Lens merupakan satu aplikasi terbaru daripada Google LLC. Terdapat pelbagai fungsi di antaranya, scan dan terjemah teks, OCR (imej ke teks), kenalpasti haiwan dan tumbuhan, kenalpasti barangan atau susasana di sekeliling, dan macam-macam lagi!
  • Untuk penggunaan fungsi OCR melalui Google Lens adalah percuma! Korang cuma perlu tangkap gambar atau upload gambar kemudian boleh copy teks tersebut dan juga terjemahkannya! Menarik kan?
  • Pros: Terdapat pelbagai fungsi dalam satu aplikasi. Amat memudahkan tanpa perlu download aplikasi yang berasingan. Sebagai contoh, boleh convert imej ke teks dan juga terjemahkan (2 in 1).
  • Cons: Aplikasi ini masih baru, terdapat beberapa glitch. Dan ianya limited! Tak available pada sesetengah kawasan atau bahasa.

3. Office Lens (Android dan iOS)

Sumber: Google Image
  • Office Lens merupakan aplikasi daripada Microsoft yang sememangnya dah popular pun. Ianya datang dengan fungsi OCR yang POWER! Tapi!! Ianya hanya berfungsi dengan penggunaan OneNote, Docs, Excel, Powerpoint atau PDF.
  • Office Lens menawarkan pelarasan yang berbeza untuk imbasan papan putih, kertas, bisnes kad, dan imej yang mana ia dikendalikan dengan menyesuaikan brightness dan contrast pada keadaan sekeliling.
  • Pros: Korang boleh save apa-apa sahaja dalam OneDrive dan edit balik teks yang ditukarkan dari imej tu ke OneNote atau Word. Aplikasi ini berfungsi dengan SANGAT baik dan senang digunakan.
  • Cons: Kalau korang bukan pengguna Office 365, cubalah aplikasi lain. Aplikasi Office Lens ni percuma tapi MS Suite berbayar k!

4. Text Fairy (Android)

Sumber: Google Image
  • Text Fairy, merupakan salah satu OCR reader yang terbaik. Aplikasi ini percuma dan tiada ads ya!
  • Antara kelebihannya ialah, aplikasi ni boleh betulkan viewpoint. Katakan korang nak scan buku dan mukasurat yang dekat dengan bahagian tengah (yang mana ianya ter’bend’), aplikasi ini akan scan dan betulkan imej tu secara automatik tau! Korang boleh edit dan extract teks dan export ke PDF format.
  • Pros: Support banyak bahasa, auto corrects viewpoint, dan boleh export ke PDF. Tiada iklan dan percuma!! Ada juga fungsi Suara ke Teks. Wow!
  • Cons: Tak support tulisan tangan dan tiada servis cloud storage.

5. PDF Scanner (Android)

Sumber: Google Image
  • PDF Scanner merupakan dokumen scanner yang datang dengan pembelian in-apps untuk fungsi tambahan. Tetapi, fungsi OCR adalah percuma. Ia membolehkan korang untuk edit teks sebelum save.
  • Aplikasi ini support lebih dari 100 bahasa! Wow gitu. Dan korang tak perlukan internet connection pun untuk buat ianya berfungsi.
  • Pros: OCR berfungsi seperti yang digempar gempurkan mereka, tetapi terdapat lah sedikit error. Support lebih 100 bahasa tau!
  • Cons: Terlalu banyak iklan sampai mengganggu proses penggunaan. Ugh!

6. Adobe Scan (Android dan iOS)

Sumber: Google Image
  • Adobe merupakan satu entiti yang terkenal bila tang nak uruskan dokumen, jadi tak terkejutlah kalau ada aplikasi untuk scan dokumen dari Adobe!
  • Dengan teknologi OCR, korang boleh scan teks dalam dokumen. Hanya pointkan dekat mana-mana dan aplikasi ini akan imbas secara automatik. Korang boleh highlight teks, masukkan komen dan macam-macam lagi. Jimat masa ok!
  • Pros: Aplikasi ni percuma dan berfungsi dengan baik. Menawarkan cloud storage sebanyak 5GB dan fungsi OCR aplikasi ini antara yang paling terbaik.
  • Cons: Aplikasi ni tak support third-party cloud storage. Dan tiada option untuk save ke JPEG, hanya boleh save ke PDF sahaja.

7. Smart Lens (Android)

Sumber: Google Image
  • Smart Lens bukan saja boleh scan dokumen dan tukar dari imej ke teks, aplikasi ini juga boleh terjemah teks-teks tersebut ke bahasa lain! Korang juga boleh guna aplikasi ini untuk scan bisnes kad. Kemudian dia akan automatik detect nombor, nama, emel dan info-info lain.
  • Aplikasi ini juga sesuai kalau korang jenis suka travel atau pergi luar negara sebab boleh scan dan tukar imej ke teks guna bahasa lain. Boleh juga nak scan QR kod guna aplikasi ni. Kalau korang guna versi PRO, segala iklan akan dihapuskan dan korang boleh scan dokumen sebanyak mana yang korang suka.
  • Pros: Support bahasa asing dan datang dengan fungsi terjemahan bahasa.
  • Cons: Aplikasi ni tak support tulisan tangan seperti mana Adobe Scan dan CamScanner.

A Simple Way to Extract Text From Images

Macam mana? Ada yang korang berkenan? Pada pandangan kami, Google Lens merupakan aplikasi OCR yang paling berkesan dan ianya percuma! Tapi kalau nak lagi power boleh je nak langgan aplikasi OCR yang berbayar sebagai contoh CamScanner dan lain-lain.

Semoga korang dapat manfaat dan semakin rajin nak siapkan assignment lepas baca artikel ni ye! Takde alasan lagi dah lepas ni.

Oleh: Amirul Faris dan Syairazi