Disini saya ingin berkongsi mengenai beberapa teknik “camera shot” untuk mengambil video dan gambar. Teknik ini sering digunakan oleh pembuat-pembuat filem professional dalam bidang pefileman yang gempak-gempak..
1. Wide Shot
Wide shot ialah subjek mengambil frame penuh atau sekurang-kurangnya sebanyak mungkin dalam frame. (Subjek tu benda yang kita nak fokus dalam frame)
2. Mid shot
Mid shot ialah menunjukkan beberapa bahagian subjek dengan lebih terperinci sementara masih memberikan kesan keseluruhan subjek
3. Medium Close-up
Medium close up merupakan shot di antara mid shot dan close up
4. Close up
Close up ialah satu ciri atau sebahagian subjek tertentu mengambil keseluruhan frame.
5. Cut in
Cut in shot ialah menunjukkan sebahagian daripada subjek secara terperinci.
6. Two shot
Two shot ialah terdapat dua subjek dalam satu frame dan shot yang diambil sama seperti mid shot
7. Over the shoulder
Over the shoulder ialah shot subjek yang diambil daripada belakang seseorang.
8. Noddy Shot
Noddy shot biasanya digunakan dalam interview untuk menunjukkan respon subjek terhadap sesuatu tetapi shot ini juga boleh digunakan dalam drama dan situasi yang lain
9. Point of view
Point of view ialah shot yang menunjukkan pandangan daripada perspektif subjek
10. Very wide shot
Very wide shot ialah subjek berada jauh dari camera, lebih dari wide shot
Rujukan video :
https://www.youtube.com/watch?v=XBjuChsBxRQ&t=2s