1. Pemakanan
  • Kami menyarankan anda agar anda membelikan makanan kucing yang berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaan anda. Pengambilan diet yang seimbang untuk kucing anda bergantung pada faktor seperti umur, tahap kecerdasan kucing dan juga kesihatan kucing anda
  • Kucing memerlukan khasiat seperti taurine dan amino acid untuk kebaikan jantung dan mata mereka. Setiap makanan yang anda beri pada kucing anda haruslah mempunyai diet yang seimbang mengikut tahap umur kucing anda.
  • Sentiasa sediakan air yang bersih, segar dan basuh serta mengisi semula air didalam bekas air kucing anda setiap hari.
  • Elakkan memberi kucing anda memakan makanan bayi jika kucing anda tidak mempunyai selera makan kerana makanan bayi tersebut berkemungkinan mengandungi bawang atau serbuk bawang putih yang akan mengakibatkan kucing anda keracunan makanan.
  • Sila bawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan dengan kadar segera jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti anoreksia (hilang selera makan), cirit birit, muntah-muntah dan tidak bertenaga.

2. Dandanan

  • Kucing tidak perlu mandi dengan kerap tetapi anda perlu menyikat bulu kucing anda dengan kerap.
  • Menyikat bulu kucing anda dengan kerap akan mengurangkan keguguran bulu mereka.

3. Tempat tidur

  • Haiwan peliharaan anda harus mempunyai tempat tidurnya yang sendiri didalam rumah anda supaya mereka dapat berehat dan tidur.
  • Sentiasa pastikan kucing anda berada didalam rumah kerana kucing yang dibiarkan tinggal bebas diluar rumah mudah untuk dijangkiti dengan penyakit dan juga kutu.

4. Identifikasi

  • Jika anda mahu membawa haiwan peliharaan anda ke luar rumah, anda perlu sentiasa memastikan kucing anda memakai kolar yang mempunyai identiti kucing anda dan juga identiti diri anda serta alamat rumah anda supaya jika berlaku kehilangan, kucing anda akan dipulangkan semula kepada anda.

5. Litter Box

  • Litter box amat penting terutamanya untuk kucing yang tinggal di dalam rumah. Litter box tersebut haruslah diletak ditempat yang sesuai iaitu di kawasan yang luas dan senyap. Anda perlu sentiasa memastikan litter box tersebut sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak berbau supaya kucing anda berasa selesa. Jika anda mendapati bahawa kucing anda masih tidak mahu menggunakan litter box walaupun ianya sudah dibersihkan dan tidak berbau, sila bawa kucing anda ke vaterinar kerana dibimbangi kucing anda menghidapi masalah kesihatan berkaitan dengan usus.

6. Mencakar

  • Tahukah anda? Kucing perlu mencakar! Untuk mengelakkan daripada kucing anda mencakar perabut dirumah atau untuk mengelakkan daripada luka dicakar oleh si manja anda, anda boleh memotong kuku si manja anda setiap dua hingga tiga minggu sekali. Selain itu, anda juga boleh menyediakan tempat khas untuk kucing anda mengasah kuku mereka iaitu scratching post.

7. Kesihatan

  • Pastikan anda membawa si manja anda ke vaterinar sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan juga suntikan tahunan. Segera bawa ke vaterinar jika kucing anda didapati sakit atau cedera.

8. Pemandulan dan Pengkasian (Spaying dan Neutering)

9. Vaksin

Suntikan vaksin dapat mencegah si manja anda daripada penyakit yang berbahaya atau penyakit yang berjangkit. Memvaksinkan kucing anda akan membuatkan ia dapat menjalani kehidupannya sihat. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari di laman web https://www.aspca.org/pet-care/general-pet-care/vaccinations-your-pet