Haii.. Wazzup Gaiss.. =D

Seperti yang korang semua sedia maklum, likers dan viewers adalah amat penting pada era modenisasi ini. LOL.. Sesetengah individu merasakan 2 perkara tersebut adalah source income dan telah menjadi salah satu daripada kehidupan mereka. Di sini kami ingin berkongsi beberapa shot yang mungkin boleh menaikkan jumlah 2 benda alah tersebut.

(kalau macam kita ni user biasa2 je, jumlah like dan view takdelah mana en. Tapi kalau dah sekali naik daripada yang selalunya, sape tak happy? ENN?ENN?)

Panorama Mode Trick

Mungkin korang tak tahu, actually panorama mode ada beberapa trick yang boleh korang gunakan tanpa perlu meng-edit and quite senang untuk di-follow. HAHA…  

     

MIRROR

Step-by-step.

  1. First of all, korang perlukan cermin. Berdiri depan cermin tu.
  2. Then, perlukan sekurang-kurangnya 2 orang untuk buat trick ni. (‘model’ & ‘CamMan’)
  3. Setkan pada mode panorama.
  4. Tetapkan jarak antara model dan CamMan.
  5. Pose(ikut suka hati korang) pada set A sambil membelakangi cermin, dan buat pose yang berlawanan pada set B dengan menghadap cermin.
  6. Dah! Maka terhasillah trick artwork korang :3

Untuk faham dengan lebih mendalam, kalian perlulah menyelam ke dalam video di bawah. OHO!  

     

CLONING

Step-by-step.

  1. Untuk background, korang boleh buat dekat mana-mana yang korang rasa cantik. Yang penting space tu kena luas sikit.
  2. Trick ni juga perlukan sekurang-kurangnya 2 orang. (‘model’ & ‘CamMan’).
  3. Setkan pada mode panorama.
  4. Pose(ikut suka hati anda) pada set A.
  5. Kemudian, model tu kena lari-lari anak ke set B dan buat pose yang berlainan.
  6. Dan buat benda yang sama untuk set-set seterusnya. (Depends berapa klon yang korang nak).

Untuk faham dengan lebih mendalam, kalian perlulah menyelam ke dalam video di bawah. OHO! https://www.youtube.com/watch?v=i4-4gjRVIRE    

*TIPS:

  1. Di antara step ke 4 & 5 CamMan perlu mengawal pergerakan kamera.
  2. Model tu kena lari belakang CamMan untuk avoid ada crack dalam korang punya gambar.

 

K~ tu jelah.. Happy trying Gaiss..

Hopefully, apa yang kitorang share boleh bantu menaikkan likers korang lah. Mmm… kalau tak naik pun takpe. At least, korang dapat gain knowledge and have fun dengan member.

That’s all. Thanks Gaiss! SELAMAT MENCUBA!  ;-D