Nak cantik, Tahan la sikit

Beauty is pain

kata ibu-ibu yang melihat para anak mengadu kesakitan –

Assalamualaikum semua,

Baiklah sebelum kita mulakan pengajian topik kita pada hari ini, mari kita lihat apakah itu braces?

ha ni lah braces guys!

Ha ni untuk yang lebih jelas, terang dan nyata. Hehehe. Sekarang dah tahu kan macam mana rupa braces tu?

Pertama sekali, kenapa saya memilih untuk membuat blog tentang tajuk ni? kerana kalau kita lihat pada era masa kini, penggunaan “Pendakap Gigi” atau lebih popular dengan sebutan Braces semakin berleluasa. Rata-rata orang dah mula berani dan selesa dengan braces ni. Tapi, di Malaysia saya lihat amat kurang info atau maklumat lebih mengenai braces. Before kita nak cuba ceburi sesuatu perkara, kita mesti membuat tinjauan dan mengumpul sebanyak maklumat yang boleh kan barulah kita lebih memahami . Tak gitu? hehe. Tak ramai blogger di luar sana yang nak share pasal info braces ni.

Jadi, sebagai pemakai braces, saya paham sangat perasaan orang yang tercari-cari info mengenai braces ni. Yelah, selalunya kalau ada info pun mostly dalam English. Nak lebih menjiwai itu kurang. Ya faham sangat. so, jelashlah ini adalah tujuan utama kenapa saya memilih untuk membuat tentang Braces Journey ni. Selain itu, saya dapat share atau berkonsi segala maklumat dari segi fakta ,pengalaman dan tips sepanjang saya memakai braces.

Pakai braces untuk trend atau nak gigi cantik?

Kalau zaman dahulu atau lima tahun lepas lah , fenomena memakai pendakap gigi ni jarang kita nak temui. Kan? sebab banyak persepsi buruk atau kurang baik terhadap memakai pendakap gigi terutamanya akan mendapat kesakitan. Tapi sekarang tidak lagi. Kebanyakkan yang memakai braces adalah untuk mengikut trend kerana bagi mereka memakai braces akan tampak lebih comel dan cantik,.

Tak sangka pulak ini sebabnya bracket senang tercabut..

Hey pemakai braces! pernah tak korang tercabut bracket? saya yakin mesti setiap pemakai braces mesti melalui isu ni punya lah. Normal ka? tidak normal sebenarnya sebab semasa pemasangan bracket tu digam dengan kuat menggunakan equipment yang canggih siap bluray bagai. Tapi tidak pula pelik, benda ni tidak bahaya dan tidak memberi impak pun kepada gigi anda. Banyak juga kes sebegini. Apa perlu buat? apa lagi, terus pergi jumpa dentist anda lah. Jangan tunggu lama-lama takut nnti dawai yang terbiar tu akan menyucuk dinding pipi kat dalam nnti sebab agak tajam jugaklah dawai tu.

So….kenapa boleh jadi macam tu?

Mostly kes tercabut bracket ni sebab cara kita mengunyah makanan tu tak betul. Antaranya terlalu kasar, cepat, gopoh dan gigit makanan yang keras dan besar. Ha tula, Dr dah pesan kan jangan gatal nak makan makanan yang keras seperti kacang, ayam, gigit buah epal pastu ha pikir la sendiri. Dah besar kan. Selalunya bracket penutup yang belah belakang sekali akan tercabut.

Now, Meh nak habaq apa tips and hacks untuk si pemakai braces!

For those yang tengah cari info survey dulu pasal braces ni, before nak pakai.. meh saya bagitau dulu tips or hacks nak survive along your braces journey to be so that you guys be ready!

  1. Kena pandai pilih colour getah so that tak nampak ketara pakai besi besi tu. Ni antara hot list colour yang cantik dan tidak akan menonjol sangat.
1) Colour silver/ grey
2) colour pink
3) colour turqoise

2. Bawak cermin kecil dan pencungkil gigi setiap kali keluar. Ni tips bila makan kan selalu tersekat sisa makanan kat celah gigi, penat beb kalau tiap kali tu nak kena pi tandas. So bawak ja dua benda ni letak dalam beg kecik so senang mudah and convenience kan! alaa beli ja kat kedai Eco Rm2 tu.

3. Sentiasa menjaga kebersihan gigi tu paling penting, kalau nak cepat dapat result gigi alignment yang baik, kena rajin bersih gigi ok! this is one of my fav youtuber yang pakai braces, you guys can check up more info about braces on her channel okies ><!

Ps: Dalam ni dia guna digital flossing, tak perlu pun tak pa actually. just use a normal floss pun dah okay.

So far so good? inshallah harap you guys yang baru pakai braces or yang nak study pasal braces before nak pakai tu dapatlah more and less info yang saya share ni. Banyak lagi nak share tapi dikemudian hari pula ya. Lastly…

Dik.. sakit ka pakai braces ni? ada orang cakap sakit nak mati..

Okay jujur cakap, actually depends on how bad your teeth are. Based on my experienced, Gigi saya pada bahagian bawah berlapis boleh dikatakan teruk tapi tidaklah major case. Macam saya, sakit tu cuma satu hari ja the rest day okay ja takda la sakit mana , melantak makan macam biasa! hehe.

Tapi ada juga yang case teruk, sakit sampai sebulan, seminggu ada yang demam-demam yela sebab braces tu buat kerja dia extract your teeth. Nak bagi align. Tapi jangan pula takut tau! ala serious masa mula-mula ceq takut gila weh sebab ceq ni penakut doktor gigi. Try dulu baru tau okay! Tau Tau! Bye for now nnti kita sembang lain hari nah…