Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca sekalian. Adakah anda seorang ”STUDENT”? Jadi dalam artikel ini saya nak ajarkan macam mana kita nak cari duit poket sebagai “STUDENT”.
Perbelanjaan yang tinggi pada zaman ini membuat ramai pelajar berlumba -lumba mencari kerja sampingan. Pernah tertanya atau terfikir tak cara untuk menjana pendapatan sebagai pelajar? Hidup sebagai seorang pelajar ni susah sebenarnya kan?
Walaupun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau MARA namun masih tak mencukupi untuk menampung perberlanjaan seharian terutama kepada pelajar yang belajar di IPTS berbanding pelajar yang belajar di IPTA.

Jangan risau, saya nak kongsi 5 Tips untuk “STUDENT” cari duit poket:-

1. MEMBUAT KERETA SEWA ATAU “GRAB”  

Bagi pelajar yang mempunyai kereta boleh la membuat kereta sewa atau grab bila waktu “FREE” dari duduk parcel layan PUBG atau MOBILE LEGEND saja. Tak perlu jauh- jauh dari luar kawasan tetapi buat dekat- dekat je pun dah okey….. Itu pun sudah boleh menampung duit poket untuk makan..

2. SERVIS KEMAHIRAN “IT” 

Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT, boleh la mengambil upah untuk mengedit video, poster, membaiki laptop, komputer dan sebagainya. Dengan kemahiran IT yang ada ini, ianya dapat membantu pelajar mencari duit poket untuk kegunaan seharian. Pelajar boleh menggunakan kemahiran yang ada itu sebagai satu latihan kepada diri sendiri sebelum masuk ke alam pekerjaan.

3. BISNES ONLINE/DROPSHIP

Sudah menjadi trend masa kini untuk memulakan bisnes online bagi mencari duit poket. Hal ini kerana bisnes online tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa. Maka, ianya amat sesuai sebagai bisnes untuk “Student”, terutamanya untuk mereka yang ingin bekerja secara sambilan. Bagi “Student” yang baru nak berniaga, jangan nak mengada-ngada keluarkan modal besar untuk menyimpan stok kerana tanggungjawab utama anda adalah belajar. Jadi, anda tiada masa untuk menguruskan semua itu. Sebaiknya, anda memulakan bisnes online  secara dropship dahulu serta jual barangan milik orang lain. Pada masa kini, terdapat banyak syarikat jualan yang membuka peluang dropship  barangan mereka. Risikonya lebih rendah berbanding dengan bisnes sendiri tetapi dengan cara ini, anda berpeluang untuk menjana pendapatan lebih banyak.

4. JUAL MAKANAN

Sudah menjadi lumrah manusia sebagai student U  ni sebenarnya banyak habiskan duit untuk makanan. Sebagai student, cepat lapar merupakan perkara yang biasa apabila berada di U ni. Iyalah, kalau dapat pula U yang besar dan jarak yang jauh ke hostel memang penat ditambah pula dengan cuaca yang panas. Jadi, apa kata korang ambil peluang ini untuk menjual makanan seperti jual roti sosej, kuku bima, air coklat dan green tea untuk mencari duit poket menampung kos sara hidup sebagai seorang student.

 

5. MEMANFAATKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Disaat orang ramai menggunakan platform Instagram untuk berkongsi gambar atau sekadar hiburan, anda sebenarnya boleh membuat duit poket  dengan menggunakan handphone saja dengan hanya melalui platform ini. Caranya sangat mudah dan hanya perlu konsisten dalam menaikkan bilangan followers sekaligus menghasilkan jualan. Caranya adalah menghasilkan sebuah akaun media sosial seperti Instagram facebook dan fokuskan kepada sesebuah kelompok. Contohnya, khususkan kepada apa yang orang zaman sekarang minat dan suka. Melalui cara ini, anda dapat menarik mereka yang berminat dengan barangan yang anda jual dan cara ini secara tak langsung dapat meningkatkan followers anda. Apabila bilangan followers sudahpun tinggi, anda boleh menawarkan khidmat iklan pada posting dia media sosial anda.

WAALAIKUMSALAM, TERIMA KASIH, GUYS…..BABAI