Nov 16, 2017, KUIS. Ketua Penyelidik mewakili team masing-masing terima pengesahan gran penyelidikan KUIS dan gran pembangunan produk Sains, Teknologi & Inovasi Selangor. Banyak projek diluluskan kepada FSTM KUIS Fakulti Sains & Teknologi Maklumat berjumlah lebih RM200,000. Tahniah ketua-ketua penyelidik dari FSTM; Dr Noor Azli Masrop, Dr Syarbaini Ahmad, Dr Roslinda Ramli & Che Wan Shansul dengan pencapaian cemerlang geran SUK Selangor.

Untuk geran GPIK tahniah kepada team yang diketuai oleh Dr Syahrul Nizam, Dr Siti Zaharah, En Khairil Asyraf, Pn Helyawati dan Pn Farhana. Produk melibatkan pembangunan frontend dan backend. Meliputi teknologi Augmented realiti , Android, iOS & Laravel. Pelajar Sains Komputer atau pembangun sistem sila PM profile anda sekiranya berminat bekerjasama menghasilkan sistem-sistem tersebut.

Alhamdulillah, semalam seramai 74 pensyarah menerima Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK) dan seramai 11 pensyarah menerima Geran Pembangunan dan Penyelidikan Sains Teknologi dan Inovasi (GPPSTI) SUK. Tahniah!!.

Hanya pemohon dan beberapa individu yang tahu dan faham bagaimana perasaannya sepanjang proses permohonan. Apa-apa pun tahniah diucapkan.

Ada ramai rakan pensyarah yang pertama kali menjadi Ketua Penyelidik pada tahun ini. Ada yang mengatakan tak sangka dapat geran kerana mohon hari tu sekadar mencuba nasib sahaja. Dah dapat kena buat betul-betul. Mana ada satu perkara yang berlaku kerana kebetulan, semuanya terjadi kerana izinNya. Pasti ada sebab kenapa permohonan kita berjaya atau tidak kan.

Alamak pertama kali jadi Ketua Penyelidik (KP), nak buat apa ni ye? Baguslah kalau kita terus terfikir perkara tersebut. Nak dapatkan geran satu hal, nak menguruskan , melaksanakan dan menyiapkan penyelidikan satu hal lagi. Sebagai Ketua Penyelidik, tiga perkara diatas amat penting untuk memastikan penyelidikan dapat dijalankan dengan baik dan geran dapat diurus dengan sempurna. Sebagai penyelidik dan pernah menjadi Ketua Penyelidik, saya akan kongsikan apa yang perlu dilakukan sejurus kita mendapat geran yang dipohon.

Pertamanya pastikan KP tahu borang apa yang perlu diisi sebagaimana yang telah diemailkan oleh pihak RMC. Sentiasa semak dan respon sekiranya KP dapat email daripada pihak RMC. Jangan jadikan alasan tak buka email, tahun 2017 kan , tengok email via smartphone aje. Borang ikatan amanah adalah untuk peruntukan geran atau duit yang akan diturunkan oleh pejabat bendahari kepada KP. Ye duit geran akan masuk dalam akaun bank KP. So KP tolong uruskan duit tersebut takut bercampur dengan duit gaji.

Selain itu, surat akuan pemotongan gaji juga perlu diisi kerana peruntukan geran penyelidikan akan diberi secara pendahuluan berperingkat mengikut peratus sepanjang tempoh penyelidikan. Isilah borang tersebut dengan LENGKAP dan mengikut spesifikasi yang telah dikeluarkan oleh pihak pejabat bendahari untuk mengelakkan berulang alik ke pejabat RMC. Banyak dah berlaku perkara ni.

Kalau perlu buat cop sendiri (cth: PENSYARAH ,FSTM) kerana cop pensyarah amatlah penting bagi proses borang-borang ni.

Kedua, borang perjanjian penyelidikan, borang ni boleh dimuatturun di laman sesawang RMC. Borang ini perlu diisi oleh KP dan ahli penyelidik KUIS. KP perlulah pastikan siapa ahli penyelidik dalam kumpulan penyelidikannya. Fikir dan pastikan betul-betul sebelum isi dan tandatangan. Eh kan dah pilih ahli semasa isi borang permohonan … ye betul sekiranya nak tambah atau nak kurangkan (rujuk dengan pihak RMC dulu ye). Ini kerana borang perjanjian akan ditandatangan oleh KP, ahli, saksi dan pihak KUIS.

Sekiranya di pertengahan penyelidikan nak tukar ahli akan melibatkan beberapa proses yang panjang lah. Ketiga, panggillah ahli kumpulan penyelidik anda untuk perbincangan. Satu perkara yang amat penting ialah memastikan setiap ahli tahu dan faham apa yang kita nak buat ni, apa yang kita nak selidik, apa yang kita nak hasilkan. Output penyelidikan mesti dah ada di kepala. Macam kata guru saya, “Begin with the end in mind”.

Biasanya output penyelidikan ialah 1) prosiding 2) jurnal 3) buku 4) monograf… selain daripada itu kita nak hasilkan apa? Produk? Aplikasi? Apps? Framework?. So kena sitdown dengan ahli , semak balik proposal kita, objektif penyelidikan. Penting untuk semua ahli penyelidik merasa bersama dan “own” penyelidikan tersebut. Saya ucapkan selamat menjalani penyelidikan dana pa lagi jom mulakan penyelidikan!!

Ketiga: RA atau GRA

Apabila mengetuai sesuatu penyelidikan, kita boleh mengupah Research Assistant(RA) atau Graduate Research Assistant(GRA). Tetapi dalam GPIK tiada syarat yang diletakkan untuk menghasilkan modal insan (pelajar sarjana /PHD) sebagai hasil penyelidikan sebagaimana geran FRGS. Maka dengan itu GRA adalah tidaklah menjadi wajib KECUALI semasa pembentangan penyelidikan, mesyuarat meminta Ketua Penyelidik mengupah GRA, sebagaimana berlaku dalam pembentangan GPIK tahun lepas.

Kalau nak lantik RA apakah keperluan ataupun kelulusan akademik yang diperlukan? RA boleh dilantik dikalangan graduan lepasan ijazah atau sarjana, bergantung kepada kerja-kerja yang perlu dilakukan disepanjang penyelidikan. Upah pula mestilah tertakluk kepada panduan daripada RMC dan KP telah menyatakan dengan jelas tempoh pelantikan didalam proposal penyelidikan dan diluluskan. Secara dasarnya untuk geran GPIK tempoh lantikan RA adalah 3 bulan sahaja tetapi ianya tertakluk kepada keperluan penyelidikan dan bajet.

KP perlu peka dan pandai merancang bila nak melantik RA. Pengalaman saya sebaiknya lantikan dibuat seawal tarikh mula penyelidikan kerana hakikatnya pensyarah mempunyai masa yang agak terhad. Tetapi KP juga boleh mengagih-agihkan kerja dan tugasan kepada ahli penyelidik yang lain untuk memastikan penyelidikan berjalan dengan baik. Nak bayar secara bulanan atau harian? Keputusan ini masih dibawah kuasa KP(situasi semasa di KUIS).

Buatlah pengiraan yang sebaiknya samada membayar RA secara bayaran harian atau bulanan. Yang paling penting sekali, semua dokumentasi ada (borang permohonan RA, surat lantikan beserta tempoh lantikan dan upah dinyatakan dengan jelas)-boleh rujuk laman sesawang RMC.

Nasihat saya , bila dah lantik RA, berilah tugas yang wajar dan pantaulah dengan baik. Banyak juga cerita RA menghilang di tengah penyelidikan , boleh menambahkan masalah nanti akhirnya akan menyebabkan penyelidikan kita tertangguh. Bear in mind lanjut tempoh penyelidikan bukanlah satu perkara yang baik. Kalau tak mahu namamu disebut-sebut dalam mesyuarat besar di KUIS.

Walaubagaimanapun, saya doakan semuga KP diberi kemudahan dan kelapangan dalam menjalani amanah yang diberi. Wallahuallam -SNA-


Penulis: Siti Noor binti Ahmad merupakan pensyarah di Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat(FSTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mendapat Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau mendapat ijazah sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006 dalam bidang Pengkomputeran Teragih.

Berpengalaman selama lebih kurang 18 tahun dalam Pendidikan, beliau pernah menulis bersama berkaitan ilmu, adab, qalbu dalam membuat keputusan dalam beberapa jurnal dan prosiding. Beliau pernah ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Penyelidikan di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) KUIS dan bertanggungjawab dalam penerbitan jurnal, penerbitan ilmiah dan pembangunan penyelidikan.