Keselamatan Keselamatan merupakan kesejahteraan dan keamanan. Konsep keselamatan merujuk kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.

Keselamatan merupakan satu perkara penting dalam dunia ini. Dalam dunia Islam, aspek keselamatan merupakan sesuatu perkara yang ditekankan sehingga terhasilnya Maqasid Syariah. Tujuan Maqasid Syariah adalah untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Keselamatan Komputer Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan.

Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.

Definisi Keselamatan Rangkaian: – Keselamatan rangkaian merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang direka untuk melindungi rangkaian. Khususnya, aktiviti-aktiviti ini melindungi kebolehgunaan, kebolehpercayaan, integriti, dan keselamatan rangkaian dan data.

Keselamatan rangkaian berkesan mensasarkan satu pelbagai ugutan dan menyelamatkan mereka daripada memasuki atau menceroboh rangkaian. Kesedaran kita tentang keselamatan komputer Ramai di antara kita masih memandang remeh tentang aspek keselamatan komputer. Sedangkan ia merupakan satu perkara penting dalam memastikan komputer kita dapat berfungsi dengan baik.

Jika tidak, macamana kita ingin menggunakan komputer jika ia tidak berada dalam keadaan sedia untuk digunakan? Umpamanya badan yang sakit, perlu ke klinik untuk dirawat dan perlu direhatkan sebelum kembali bekerja seperti biasa. Tetapi kita lupa aspek penjagaan atau langkah-langkah pencegahan untuk melindungi sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku. Apa yang perlu kita tahu tentang keselamatan komputer?

Tips melindungi komputer

  1. Bebas daripada virus
  2. Pasang (Install) Perisian keselamatan (antivirus dan firewall)
  3. Kemasikini antivirus
  4. Guna akaun sendiri / jika ada akaun sebagai pentadbir (admin), elakkan daripada berkongsi dengan orang lain.
  5. Insya-Allah bersambung dalam bahagian kedua…

 


Penulis: CHE WAN SHAMSUL BAHRI BIN C.W.AHMAD
syarah Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Gambar kredit pexels.com