1. PENGENALAN – iTREX 2018 ialah kesinambungan daripada program Technology and Research Exhibition (TREX) yang diadakan setahun sekali oleh FSTM sebelum ini. Namun penyertaan TREX yang lepas hanya mensasarkan pelajar tahun akhir dan terbuka kepada pelajar yang mengambil subjek tertentu untuk dinilai oleh penilai dalaman, penilai industri dan pensyarah. Untuk iTREX2018 kali ini, penyertaan dibuka lebih meluas kepada golongan profesional, para penyelidik, pensyarah dan pelajar yang ingin mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan mereka melalui pembentangan poster penyelidikan dan demonstrasi produk mereka.
  2. TUJUAN – Tujuan utama iTREX2018 ini adalah sebagai satu landasan bagi para penyelidik, pelajar pasca siswazah dan penggubal dasar dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia, pendidikan dan sains sosial untuk berkongsi maklumat, penemuan dan inovasi terkini dalam penyelidikan di kalangan ahli akademik serta mengenal pasti isu dan cabaran masa kini dalam membudayakan penyelidikan bagi menyediakan idea dalam memenuhi keperluan generasi akan datang.
  3. POSTER – iTREX2018 juga akan memberi pendedahan awal kepada pemegang-pemegang geran, para pelajar pasca siswazah dan pelajar di peringkat sarjana dan diploma untuk berkongsi kepakaran dan mencambah idea daripada komen panel jemputan yang terdiri daripada ahli akademik dan industri. Poster dan produk penyelidikan ini akan dinilai oleh panel dari KUIS dan panel jemputan luar. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang-pemenang.
  4. KERTAS KERJA – Satu sesi pembentangan kertas kerja juga akan diadakan, memberi peluang pembentangan penyelidikan dari KUIS dan penyertaan dari Pusat Pengajian tinggi awam dan swasta yang lain.
  5. TEMA – Kesan 4IR terhadap teknologi maklumat & komunikasi di Malaysia
  6. ANJURAN – Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), RMC dan anjuran bersama KUISCELL
  7. TARIKH – 17 Julai 2018 (Selasa) 8pagi – 5ptg
  8. TEMPAT – Pusat Konvensyen KUIS ( http://bit.ly/mapfstm )