Kongsi ilmu pukul 12 tengah malam. Extra Credits: RAZMAN SARIT

Apa itu JSON dan kenapa orang banyak cakap pasal JSON?

Kalau korang ada kawan nama Jason, sebutan JSON ni sama sahaja, cuma perbezaannya, JSON yang dimaksudkan ini ialah singkatan kepada Java Script Object Notation (J-S-O-N).

Erti kata lain, JSON ialah data type dalam bentuk Object.
Object ialah sama seperti string, number, array dan lain-lain di dalam bahasa JavaScript.

Object dalam JavaScript ini ialah, data yang dapat dilabelkan secara direct tanpa segan silu dan malu (lihat contoh di bawah)

JSON dapat digunakan untuk hantar data dari satu tempat ke tempat yang lain secara lebih efficient dan lebih teratur.

Contoh, dari server ke app, dari app ke server atau dari server ke server dan sebagainya.

Kelebihan JSON ialah structurenya yang senang nak faham, lagi sedap mata memandang. Contoh:

{
nama: ‘Bob’,
hobi: ‘Tengok ayam makan beras’
sebab: ‘Tabur beras bagi ayam makan’
}

Cuba lihatkan JSON kat atas. Directly, kita tahu terus tahu nama si polan, hobi si polan dan sebab hobi dia.

Dulu saya pernah experience terima data dalam bentuk XML, memang pedih mata mencari penutup dan pembukanya. Ini benda yang sama tapi dalam XML:

Bob
Tengok ayam makan beras
Tabur beras bagi ayam makan

Kebiasaannya, orang gunakan XML ini untuk RSS feed atau ATOM feed yang sangat popular suatu masa dahulu. Not user friendly, tapi good to understand juga XML ini. Kalau bagi saya option, saya lebih suka guna JSON berbanding XML kerana saya nampak lebih mudah, kalau tak percaya cuba korang compare.

Tapi yelah, bukan kita nak memproseskan data XML atau JSON, computer yang nak proses, but its much easier to debug, kalau guna JSON if compared to XML if the data received is beribu-ribu lemon, which I have experienced before, memang sakit, last sekali convert jadi JSON sahaja.

JSON sekarang dah banyak jadi sumber data pilihan pasal sedap mata memandang, lagi sedap sistem nak process. Dia jadi macam Lingua Franca lah antara sistem ke sistem yang lain (PMR Sejarah saya dapat A dulu, cikgu saya Mrs Ganesh, dia memang hebat) kerana komunikasi yang mudah untuk difahami dan diterima oleh pelbagai bahasa dari Python, ke PHP ke JS.