“Hi Sis Tikah, saya ni seorang yang tak pandai dalam membuat ayat lagi-lagi kalau assignment yang perlukan ayat yang panjang dan dalam Bahasa Inggeris. Tapi saya taknak lah amalkan plagiat ketika membuat assignment.” – Ramai yang tak tahu tentang kewujudan apps rephrase yang berguna untuk kita membuat assignment tanpa perlu mengambil bulat-bulat ayat daripada Mr Google 🙂 Jom kita tengok antara apps rephrase yang boleh digunakan dan percuma !

1. WPS Office ( Thesaurus )

Thesaurus adalah tempat paling mudah untuk digunakan ketika ingin membuat rephrase ayat. Kerana Thesaurus boleh didapati di Microsoft Office / WPS Office. Anda perlu klik dibahagian Review dan klik Thesaurus. Fungsi Thesaurus ialah menyenaraikan perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang asal. Tetapi antara kekurangannya, kita hanya boleh rephrase perkataan satu-satu.

2. Paraphrase-Online

https://www.paraphrase-online.com/

Berbeza dengan Thesaurus, Paraphrase-Online boleh rephrase satu ayat yang penuh. Anda hanya perlu masukkan ayat pada kotak Text before dan klik PARAPHRASE. Dan ia akan paparkan ayat yang baru pada kotak Text after. Kelebihan Paraphrase-Online ialah anda boleh menukar perkataan selain daripada perkataan yang dipaparkan. Caranya ialah anda perlu klik pada perkataan yang ingin ditukar dan ia akan memaparkan senarai perkataan lain yang sama maksud.

3. Prepostseo

https://www.prepostseo.com/paraphrasing-tool

Yang ketiga adalah Prepostseo. Prepostseo juga sama seperti Paraphrase-Online kerana ia boleh rephrase satu ayat yang penuh. Caranya, anda perlu masukkan ayat di kotak Step 1 dan klik button Paraphrase di bawah. Tetapi kekurangannya, ia tidak memberi pilihan perkataan sama maksud yang lain. Walau bagaimanapun, Prepostseo boleh rephrase ayat melalui document, pdf dan sebagainya. Selain itu, ia boleh menukar dalam pelbagai bahasa antaranya, Dutch, French, Germany dan sebagainya.

4. EduBirdie

https://edubirdie.com/paraphrasing-tool

Seterusnya, EduBirdie juga boleh rephrase satu ayat yang penuh dan ia akan memberi cadangan perkataan sama maksud yang lain. Caranya, anda perlu masukkan ayat di kotak dan ia akan rephrase ayat. Bagi ayat yang ada perkataan sama maksud yang lain ia akan boldkan perkataan itu. Dan anda boleh tekan pada perkataan tersebut untuk melihat perkataan sama maksud yang lain.

5. Dupli Checker

https://www.duplichecker.com/

Dupli Checker juga antara apps yang boleh digunakan untuk rephrase ayat. Fungsi yang sama seperti Prepostseo, ia boleh rephrase satu ayat yang penuh dan boleh rephrase melalui document. Antara fungsi lain Dupli Checker ialah ia boleh Spell Check, Grammar Check dan sebagainya.

6. QuillBot

https://quillbot.com/

Yang terakhir ialah antara apps yang paling mudah dan laju untuk digunakan. QuillBot juga boleh rephrase satu ayat yang penuh dan ia juga boleh menukar perkataan sama maksud yang lain. Anda perlu masukkan ayat di kotak dan klik button Quill it. QuillBot juga boleh menukar modes seperti Fluency, Standard, Suggestive, Creative dan Concision. Jika anda ingin menukar selain Fluency dan Standard, anda perlu upgrade apps QuillBot kepada Premium.

“WAHH ! Hebatlah Sis Tikah ni. Lepasni boleh lah buat assignment tanpa perlu Ctrl C dan Ctrl V lagi :D” – Haaaaa so sekarang dah tahu kan. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak menyiapkan assignment dan mengamalkan plagiat yang tidak sihat ini. Byee Assalamualaikum.

Semoga entri ini dapat membantu anda dalam meningkatkan mutu penulisan 🙂