Pada tarikh 16 Disember 2017, pihak PMFSTM telah menganjurkan program Annual Dinner FSTM yang berlangsung di Pusat Konvensyen KUIS (PKK). Program tersebut bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hakeem dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Dekan fakulti FSTM, Dr. Shahrul Nizam. Ucapan yang ringkas tetapi padat berunsur nasihat dan harapan beliau terhadap fakulti pada masa hadapan.

Selepas ucapan dari Dekan fakulti FSTM, majlis makan malam pun bermula. Para hadirin dihiburkan dengan persembahan dari SNAF dan Zahidi yang merupakan pelajar KUIS sendiri. Masing masing membawa dua buah lagu pada malam tersebut.

Terdapat juga acara cabutan bertuah dan sedikit permainan yang dianjurkan pada malam tersebut. Majlis yang sangat meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar dan juga pensyarah.

Majlis bersurai pada jam 11 malam.