Dah puas shared-hosting, ini kali order VPS plak….😁
Sapa nak, boleh selit order dengan tuan Alif Azman

Hosting kali ni utk deploy satu projek web app yang gunakan Laravel framework. Installation melibatkan execute composer script. Biasanya copy&paste lalu ftp jah, tapi kali ni kena run migration script pulak.

Beza antara shared-hosting & VPS

Shared-hosting
Dalam pakej ini banyak akaun dan website dikumpul bersama. Semua akaun dalam server berkongsi CPU, RAM dan simpanan data/file.
Kelemahan: Setiap akaun mendapat setting server yang sama.

VPS Hosting
Beberapa akaun dan website berada dalam server yang sama. Namun, setiap akaun diperuntukkan CPU, RAM, dan simpanan data/file yang berbeza walaupun secara fizikal berada dalam server yang sama.
Kelebihan: Admin boleh mengubah-suai setting server mengikut keperluan web apps.

Boleh experimen utk subjek Web Programming…