Berikut merupakan contoh projek yang dibangunkan dalam kursus pembangunan web sistem dua hari dalam program kursus ICT khidmat komuniti FSTM. Sesuai untuk dijadikan contoh projek akhir ( fyp project ) atau tugasan SPM Aliran Sains Komputer. Senarai video ada di bahagian bawah sekali

Kami telah manganjurkan kursus sebegini beberapa kali; pelajar-pelajar FYP FSTM KUIS, pelajar Sains Komputer Institut Professional Baitulmal, INTAN, pelajar Pangkalan Data Web Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Shah Alam dan beberapa lagi institusi.

Kaedah penerangan menggunakan nama fail mengikut turutan dan diikuti dengan skrin antaramuka. Kod penuh boleh diperolehi di

https://github.com/khirulnizam/bengkelphp


Fail-00: bengkelphp.sql

Sila import fail ini melalui perisian penyelenggara pangkalan data seperti phpMyAdmin ke dalam MySQL/MariaDB.

Fail-00: connection.php

Tukar maklumat setting pangkalan data dalam fail ini. Pastikan tukar password sekiranya tidak sama seperti sistem pangkalan data anda. Secara default xampp atau Laragon tidak mempunyai password pangkalan data. Jadi letakkan $dbpassword=””;

Fail-01: login.php

Skrin yang menerima namapengguna dan katalaluan – contoh gunakan ali & ali123 untuk login ke dalam sistem.

Fail-02: verify.php

Fail ini tiada antaramuka – apa yang dilakukan;

  • dapatkan input namapengguna dan katalaluan dari antaramuka login,
  • banding namapengguna dan katalaluan dari skrin login dengan maklumat yang disimpan dalam pangkalan data,
  • sekiranya namapengguna dan katalaluan padan,
    • akan dipaparkan skrin searchadmin.php,
    • pengguna akan didaftar dalam SERVER_SESSION
  • sekiranya  namapengguna dan katalaluan tiada padanan,
    • akan dihantar kembali ke skrin login dengan membawa ralat login.

Fail-03: searchadmin.php

Antaramuka ini bertujuan untuk membuat carian pelajar – dan terdapat butang padam/edit.

Fail-04: confirmdelete.php

Antaramuka ini dipaparkan apabila pengguna tekan butang padam pada skrin di atas. Ia bertujuan untuk membuat pengesahan untuk padam rekod atau batal.

Fail-05: delete.php

Sekiranya pengguna pilih YA, rekod akan dipadam terus. Jika TIDAK proses padam batal.

Fail-06: formupdate.php

Antaramuka ini bertujuan untuk membuat perubahan pada rekod lama. Borang akan memaparkan data lama, pengguna boleh ubah data, dan simpan perubahan.

Fail-07: saveupdate.php

Rekod yang diubah akan disimpan ke pangkalan data dalam antaramuka ini.

Fail-08: forminsert.php

Antaramuka ini bertujuan untuk mendapatkan input pengguna bagi rekod baharu.

Fail-09: insertrecord.php

Penyimpanan rekod baharu dibuat di sini.

Fail-10: logout.php

Fail PHP ini akan memadamkan kemasukan pengguna, dengan menghapuskan server SESSION. Fail ini dipanggil oleh butang Logout.

Fail-11: checksession.php

Fail ini diimport pada setiap page yang perlu dipastikan pengguna yang sah sahaja boleh memaparkannya. Ia akan membenarkan capaian page oleh pengguna yang sudah login. Sekiranya capaian tidak sah, ia akan memaparkan page login.

Fail-12: header.template.php

Fail mengandungi kepala dokumen HTML untuk template Bootstrap.

Fail-13: footer.template.php

Fail mengandungi kaki dokumen HTML untuk template Bootstrap.

Senarai folder; css, js, fonts, dan images mesti juga disediakan dalam folder projek PHP untuk memastikan template Bootstrap beroperasi dengan baik.

Kod penuh boleh diperolehi di

https://github.com/khirulnizam/bengkelphp .

0 – Muat Turun Kod Sumber ini dahulu – Kod sumber lengkap projek semasa kursus
github.com/khirulnizam/bengkelphp

1 – Persediaan Projek Baharu berdasarkan Template BengkelPHP
https://www.youtube.com/watch?v=nmE_N1rGNvU

2 – Masukkan Tampahan Gelanggang
https://www.youtube.com/watch?v=0iRf_HrKrXY

3 – Carian Tempahan Gelanggang
https://www.youtube.com/watch?v=sz2xCdDbbU0

4 – Kemaskini data Tempahan Gelanggang, dan
5 – Padam Rekod Tempahan Gelanggang
https://youtu.be/Oeuo8HbGV58

6 – Laman login/logout
https://youtu.be/SD0haJk7Pbo

7 – Kawalan Perimeter dengan Session
https://youtu.be/CZU5F_Ss-QY

8 – Jadual yang berhubung (JOIN-TABLE)
https://youtu.be/LIVctOsrXJ0

9 – Paparkan Dari Jadual Kedua (JOIN-TABLE)
https://youtu.be/R6fDsCH1rBE

10 – Template Bootstrap Bootslander
https://youtu.be/xjZGyl15oiI



Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614