PERNYATAAN MASALAH
Dalam usaha memperkasakan masjid, sokongan system ICT yang baik mesti untuk meningkatkan penyebaran maklumat aktiviti dan peranan masjid kepada ahli Qariah (Nor Azlina, et.al 2016, e-Academia Journal UiTMT). Salah satu daripada dorongan utama ahli qariah mengakses system/web masjid adalah ingin mengetahui aktiviti keagamaan yang dijalankan, kelas agama, dan mengajukan pertanyaan berkaitan Islam (Bushral Huda & Faisal, 2014, Journal Islamiyyat, ). Antara cabaran utama pihak masjid adalah mempromosikan aktiviti masjid. Kehadiran Jemaah dalam aktiviti masjid rendah sekitar 5-10% (Faisal & Firdaus, 2018 – Journal Hadhari).

Rujukan:

  1. Mustari, M. I. & Jasmi, K. A. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid dalam Masyarakat Hadhari. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Press. ISBN: 978-983-52-0503-3.
  2. Nor Azlina Abd. Wahab, Norafifah Ab. Hamid, Norajila Che Man, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Melaka, PEMERKASAAN PERANAN MASJID DI MALAYSIA ERA KONTEMPORARI. Volume 5 Issue 2 2016 e-Academia Journal UiTMT ( http://journale-academiauitmt.edu.my/ )
  3. Bushral Huda Abd Manan & MuhaMad Faisal Ashaari, Journal ISLAMIYYAT 36(2) (2014): 15 – 26

Pengurusan masjid kini adalah berbeza dengan pengurusan masjid pada masa dahulu. Terdapat banyak cabaran dalam pengurusan masjid pada hari ini terutamanya berkaitan pengurusan kewangan, pentadbiran, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelbagai lagi.

Untuk melahirkan pengurusan pentadbiran masjid yang terbaik, cekap, menjadi contoh kepada organisasi-organisasi lain, kumpulan penyelidik mencadangkan satu sistem pengurusan masjid bersepadu yang mana membantu masjid dalam melicinkan tugas-tugas yang dilaksanakan secara manual dan secara terasing sebelum ini.

Justeru, sistem yang akan dibangunkan ini diharap akan banyak membantu tugas pegawai-pegawai masjid dalam merekod secara sistematik berkaitan kewangan, pentadbiran, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelbagai lagi dan berkemampuan untuk menjana laporan secara automatik sebagaimana yang diperlukan.

Sistem Integratif Pengurusan Masjid yang dicadangkan ini pengurusan kolaboratif yang menggabungkan pengguna dari kalangan AJK dan Bendahari dan Ahli Qariah Masjid. Melalui sistem ini AJK dapat menyalurkan laporan dan hebahan, manakala ahli Qariah akan dapat notifikasi program Masjid dan beberapa antaramuka penting yang boleh membantu berurusan dengan Masjid.

Satu daripada penawaran unik sistem ini adalah, semua Masjid di boleh mendapatkan perkhidmatan sistem pengurusan masjid ini dan mencipta komuniti masing-masing. Konsep yang ditawarkan adalah SaaS – software as a service yang membolehkan semua masjid (client) menggunakan perisian ini dari mana-mana sahaja yang mempunyai sambungan internet. Sekiranya ada penambah-baikan pada fungsian perisian, semua client akan menikmatinya. Setiap masjid yang menjadi client sistem ini akan dilantik penyelenggara (admin) yang boleh menyelenggara komuniti masjid masing-masing.

Arkitektur besar Sistem Integratif Masjid
Arkitektur besar Sistem Integratif Masjid – klik utk muat tutun slide penuh https://drive.google.com/file/d/1CmqrjGibPXkYA-vGWLh1luyf9ctjk6co/view?usp=sharing

CADANGAN PENYELESAIAN
Projek ini akan membangunkan sistem pengurusan masjid dengan fungsi-fungsi asas dan fungsi unik tambahan hebahan aktiviti masjid kepada ahli-ahli melalui integrasi dengan media sosial utama.

OBJEKTIF PEMBANGUNAN PRODUK

  • Menentukan permasalahan dan keperluan masjid (institusi) yang boleh diselesaikan dengan sistem pengurusan masjid memfokus kepada pengurusan ahli dan hebahan aktiviti.
  • Membangunkan sistem pengurusan masjid integratif yang boleh digunakan oleh Masjid (institusi).
  • Membuat pengujian sistem pengurusan integratif masjid yang dibangunkan.

FUNGSIAN ASAS

  • 1. Pengurusan kewangan
  • a. Rekod pembayaran gaji/elaun staf dan AJK masjid.
  • b. Rekod derma mingguan Masjid
  • c. Rekod penerimaan wakaf/sumbangan pembangunan infrastruktur masjid.
  • d. Pembayaran yuran atau khairat Masjid.
  • e. Laporan pendapatan dan perbelanjaan masjid mengikut mingguan, bulanan dan tahunan.
  • 2. Pengurusan ahli

FUNGSIAN UNIK/NICHE

  • 1.Interaksi grup.
  • 2.Salurkan cadangan aktiviti.
  • 3.Memohon sumbangan dari Masjid.
  • 4.Mencadangkan bantuan kepada ahli qariah dalam kesusahan.
  • 5.Promosi acara + intgerasi dengan Media Sosial utama
  • 6.Notifikasi hebahan acara kepada ahli qariah.
  • 7.Pengguna ahli qariah lain juga boleh subscribe notifikasi dari masjid.

AHLI KUMPULAN PEMBANGUNAN

  • Khirulnizam Abd Rahman (FSTM, KUIS)
  • Dr Saifulah Samsudin (FPPI, KUIS)
  • Dr Syahrul Nizam Mohd Danuri
  • Nur Muizz Salleh
  • Che Wan Shamsul Che Wan Ahmad

Slaid penuh di https://drive.google.com/file/d/1CmqrjGibPXkYA-vGWLh1luyf9ctjk6co/view?usp=sharing .

Doakan supaya kami boleh release kod projek inin dalam ekosistem sumber terbuka. Kami membuka sumbangan Tabung Pembangunan Sistem Masjid ini. Sekiranya ada pihak masjid yang sudi menyumbang RM5000, kami akan bekalkan sistem yang telah siap nanti kepada masjid anda. Mohon hubungi kami di

–>> wasap.my/60129034614