Assalamualaikum and haiii to all readers. So, This post is about Deep and Dark Web. Ever heard this two things that used to shock the world with their existence? If your answer is a NO, you come to the right place. Okay, without further ado, let us spill the tea about deep and dark web;

As you can see in the photo below, the web have 3 layer of iceberg which is the first layer is Surface Web, the second layer is Deep Web and the third layer is Dark web. Now lets get closer to all of these iceberg. Okay untuk maklumat, kitorang akan spill dalam bahasa melayu supaya mudah difahami dan dihayati okey :>

SURFACE WEB

Pertama sekali ialah Surface Web. Ia (juga dikenali sebagai Web Terlihat, Web Indexed, Web Indexable atau Lightnet) adalah bahagian WWW (World Wide Web) yang tersedia untuk umum dan boleh dicari dengan enjin carian web standard. Ini adalah bertentangan dengan Deep Web.

Menurut satu sumber, pada 14 Jun 2015, indeks web permukaan Google mengandungi kira-kira 14.5 bilion halaman Darknet vs Dark Web vs Deep Web vs Surface Web.

Surface Web boleh diakses oleh semua orang di seluruh dunia selagi mereka mempunyai sambungan internet. Contoh Surface Web ialah Google, Bing, Yahoo, Wikipedia dan lain-lain yang boleh diakses dengan mudah. Oleh itu, apa-apa rujukan pun kepada Surface Web merujuk kepada laman web biasa, iaitu, domain yang dimana domainnya berakhir dalam .com, .org, .net, or selain yang serupa, dan kandungannya tidak memerlukan pengesahan yang khusus untuk diakses.

Seperti yang dapat kita lihat dalam gambar di atas, bahagian yang dapat dilihat dari iceberg yang mewakili bahagian yang sangat kecil dari keseluruhan (keseluruhannya dalam ayat ini adalah seluruh Internet, permukaan dan laman web yang mendalam).

DEEP WEB

Seperti yang tersirat dalam namanya, laman web yang paling dalam dapat digambarkan sebagai lorong yang berliku-liku (maze), serta lengkap dengan kandungan yang sangat menarik. (menyeramkan ke tidak?)

Terdapat berjuta-juta halaman indeks yang menarik, pangkalan data, idea, rangkaian dalaman, komuniti dan sumber-sumber di deep web, orang yang mengakses deep web mempunyai sifat tidak  takut rasa berdosa dan bersifat jahat.

Dalam memperkenalkan konsep Deep Web, satu fakta yang selalu berjaya mengejutkan orang ramai iaitu sebanyak 96 peratus daripada internet tidak dapat di search oleh Google dan Bing.

Ini bermakna hanya sebahagian kecil daripada World Wide Web which is WWW boleh diakses oleh anda melalui cara standard. Pengguna internet purata hanya menggunakan sebahagian daripada potensi yang ditawarkan oleh internet. Kita tidak cuba untuk explore dengan lebih dalam lagi sebenar-benarnya yang berada di dalam internet.

Jadi apa sebenarnya DEEP WEB?

Deep Web adalah semua internet yang tidak dapat dijumpai oleh enjin carian biasa, kerana halaman tidak dapat di search dengan cara apa pun.

Ianya di luar sempadan kandungan yang dapat dikuasai Google adalah setiap bit maklumat yang dapat anda pikirkan (mindblown). Ia mengandungi pelbagai maklumat dan data, dari papan pemuka dalam akaun bank anda selepas anda log masuk ke laman web yang dilindungi oleh kata laluan peribadi ke artikel dan video yang tidak tersenarai yang mungkin ditutup atau disekat di sesetengah negara.

Sesetengah negara mungkin mengalami bahawa setengah video yang mereka nak tengok telah disekat oleh kerajaan mereka. Contohnya seperti laman web Porn dan beberapa video di Youtube. Dalam deep web, ia boleh mengakses semua web-web yang disekat. Kena tahu je macam mana nak akses ke web-web berkenaan. (hehehe).

Ia merangkumi daripada nama host umum yang sama seperti tapak di surface web, tetapi bersama dengan tambahan domain tersebut. Namanya sama cuma ada domain tambahan untuk access ke maklumat-makluma tersebut.

Maklumat yang boleh diperolehi di dalam deep web adalah seperti rekod perubatan, dokumen-dokumen rasmi,reports scientific,informasi akademik dan pelbagai lagi rekod-rekod yang boleh diakses sekiranya anda tahu bagaimana nak akses kedalam deep web.

 

DARK WEB

Bahagian jumlah di bahagian paling bawah iceberg adalah subset dari darkweb yang hanya boleh diakses melalui device yang tidak dikenali oleh kebanyakan orang. Apabila anda akses ke dalam DarkWeb tiada siapa yang tahu jika anda orangnya yang mengakses ke Dark Web. Oleh kerana itu, dark web ibarat sebuah rumah bagi entiti yang tidak ingin dijumpai oleh sesiapa dan ianya sesuai untuk orang yang suka menyendiri dan mempunyai sisi gelap yang tidak ingin diketahui oleh orang ramai.

Untuk memperluaskan visual iceberg di atas, nak dijelaskan kat sini bahawa dark web mengandungi URL yang berakhir dgn .onion bukannya .com, .gov atau .edu. Ianya dipanggil onion router yang boleh juga di download di playstore dan apple store. Sekarang ni terdapat pelbagai router yang telah dibuat oleh orang-orang yang professional dalam hal ni untuk mengakses ke dark web.

Rangkaian yang ada di URL ini tidak dapat diakses dengan penyemak imbas yang sama yang anda gunakan untuk mengakses mesej Facebook, Twitter atau akaun e-mel Google. Anda boleh menggunakan Chrome atau Safari atau Mozilla Firefox mudah untuk mengaksesnya. Tetapi ini berbeza dari itu. Dark web memerlukan program perisian tertentu (penyemak imbas Tor) seperti yang telah dijelaskan di atas untuk melakukan silap mata, dan boleh mengakses ke web-web yang tidak diketahui namanya dan tidak dapat diakses di surface web dan deep web. Kalau nak cuba mengakses ke dark web bolehla try denganAnda mencuba download application Tor ini dengan memuat turunnya di playstore (plis, berhati-hati).

Oleh itu, dark web adalah tempat untuk orang dan aktiviti yang tidak mahu ditemui melalui cara yang biasa . Ia lengkap dengan pasaran perdagangan haram dan forum-forum, komuniti perevert, komunikasi peribadi antara wartawan dan pemberi maklumat, dan banyak lagi perkara yang tidak tercapai oleh akal.

 

Gambar diatas adalah contoh aktiviti yang dapat kita akses di dalam dark web. Kebanyakan yang berada di dalam dark web adalah hackers-hackers yang professional.

Seterusnya adalah satu website deepweb yang terkenal di Malaysia iaitu https://karingeri77.tumblr.com/ – Website ni adalah contoh Darkweb yang senang diakses oleh komuniti. Kari Ngeri ni pelbagai perkara ngeri yang dapat kita akses.

Itu saja maklumat mengenai web-web yang ada di alam maya ini. Sekiranya kita pergi lebih dalam lagi kita boleh dapat pelbagai perkara tapi cukup saja sampai disini. So far, Interesting right? This just the ice tips of deep and dark web.

There is a movie that highlight about the dark web, if you guys want to know more about deep web try watch this movie okay 🙂

 

Okay, that all from us. Hope you guys can gain a lot of information from this post. Thank You for reading! Adios Amigos.