MOHD HAITHIR BIN WAININ

15BT01034

Di masa kini penggunaan komputer adalah satu keperluan asas kepada manusia terutamanya kepada kaki tangan kerajaan&swasta, pelajar, gamers! dan sebagainya. Pasti anda tertanya-tanya mengapa komputer yang anda gunakan selama ini semakin lama semakin perlahan. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada permasalahan itu dan kadang-kala ia hanya memerlukan satu kali restart sahaja, dan selepas itu ia kembali seperti sedia kala.

mungkin restart pun tidak membantu, mungkin anda boleh cuba 6 tips mudah dan diharapkan laptop dan komputer anda boleh memproses lebih laju seperti sediakala.

berikut adalah cara cara dan tips nya sila baca dengan teliti.

1. Cari program yang “Selalu aktif”

Caranya adalah dengan memantau melalui Task Manager. Klik kanan pada Taskbar dan pilih “Task Manager” atau tekan Ctrl+Shift+Esc untuk membukanya.

Jika salah satu kolum  berwarna merah, ia bermaksud ada perisian atau program yang beroperasi secara berlebihan. Tekan pada..

  • CPU atau
  • Memory atau
  • Disk

dan perisian akan disusun.

Cuba tutup perisian secara normal, dan apabila tidak berjaya, anda boleh klik kanan dan tekan End Task.

2.Tutup program yang berada dalam System Tray

Kebanyakkan program yang berada dalam System Tray atau ruang notifikasi ini adalah program yang dilancarkan pada startup.

Sebab itu kadang-kala komputer yang baru dihidupkan agak lambat sedikit kerana terlalu banyak perisian yang hendak dilancarkan. Selain itu perisian itu akan kekal beroperasi pada latarbelakang dan mungkin menggunakan RAM atau Disk secara berlebihan.

Kenal pasti dan tutup perisian yang tidak penting.

3. Menambah slot “SSD card” pada komputer

SSD (Solid State Drive)  adalah tempat penyimpanan data yang hadir dalam bentuk yg lebih kecil berbanding dengan HDD. kelebihan pada SSD kad adalah terletak terhadap kelajuan nya dalam memproses sesuatu.

dengan daya kecepatan memproses data SSD lebih berfungsi lebih baik berbanding dengan HDD, SSD terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

1) msata  SSD

2) M.2.

3) PCIe SSD

 

4.Kurangkan animasi

Kesan visual sememangnya sangat menarik  dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menggunakan komputer. Pada Windows 10, Microsoft banyak menambah kesan animasi ini supaya sistem operasi itu lebih mesra pengguna.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan komputer lama, kesan visual dan animasi ini boleh memperlahankan komputer anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mematikan kesan visual.

  • Control Panel>System and Security>System
  • Dibahagian kiri ada pilihan Advance System Settings, klik
  • Tetingkap System Properties akan muncul, pergi ke bahagian Performance dan tekan Settings
  • Akan terpapar tetingkap Performance Options dengan pilihan;
    • Adjust for best performance (prestasi maksimum, tapi takut korang tak biasa pula)
    • Custom (Boleh ikut senarai dibawah untuk matikan beberapa kesan visual)
      • Animate windows when minimizing and maximizing
      • Animations in the taskbar and Start Menu
      • Enable transparent glass
      • Fade or slide menus into view
      • Fade or slide ToolTips into view
      • Fade out menu items after clicking
      • Show shadows under windows
      • Slide open combo boxes

Anda bebas memilih mana-mana kesan visual bersesuaian dengan penggunaan anda.

5. Bersihkan cakera keras

Pergi ke bahagian Start dan taip Disk Cleanup, ia merupakan salah satu perisian utiliti dari Microsoft. Pilih cakera keras mana yang hendak dibersihkan, contoh: C.

Disk Cleanup berfungsi mencari “sampah” dan fail-fail tidak berguna seperti…

  • Fail yang bersifat sementara
  • halaman web luar talian
  • fail pemasang di dalam PC (installer)

Nanti akan muncul tetingkap dengan pilihan fail yang boleh dipadam. Pilih dan padam.

 

6. Antivirus

Ialah software yang digunakan untuk melindungi sistem komputer daripada virus, virus

amat merbahaya kepada komputer, kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan terhadap software-software yang lain dan juga boleh memadam dan mengubah file tertentu atau lebih lebih lagi kerja anda sendiri. virus juga mengakibatkan sistem dalam komputer menjadi perlahan kerana ia menyerang terhadap sistem yang tertentu atau sistem dalam seperti virus trojan, worm dan sebagainya.

dengan menginstall antivirus kepada komputer anda dapat mengekalkan privasi,keselamatan dan kesihatan komputer anda. dengan adanya kelebihan feature yang ada pada antivirus pada masa ini adalah lebih power kerana pelbagai kegunaan telah disediakan dalam antivirus itu sendiri.

antivirus popular:

1.Avast

2.Kapersky

3.Mcafe

4.Norton.

5.AVG

Ok itu sahaja buat masa ini. Kalau ada penambahan lain boleh kongsikan di ruang komen.