Anda mahu transfer duit secara online tapi wujud rasa ragu-ragu?🤔 Takut duit tiba-tiba lesap? Takut duit anda dicuri oleh hacker? Takut duit yang anda transaksi pergi ke akaun bank lain?! Takut akaun bank anda tinggal RM0.00 saja!! 😱 Jangan risau!!! Nak tahu tipsnya? Jom baca!

  • PASSWORD / KATA LALUAN

Pastikan password anda kuat dan kompleks dengan  mengandungi huruf kecil, huruf besar, nombor dan special characters. ( Contoh: ABCDefgh123@% ). Pastikan juga, anda tidak memilih untuk menyimpan password jika pop-up notification muncul di screen. Elakkan menggunakan password yang sama bagi transaksi duit secara online dengan laman media sosial seperti Twitter, Instagram dan lain-lain. Elakkan juga penggunaan password yang mudah diteka oleh orang lain seperti nama sendiri, tarikh lahir nama tempat dan lain-lain. Anda sangatlah digalakkan menukar password secara kerap.

  • PHISHING & CLICKS.

Jika terdapat link yang mencurigakan sama ada disebarkan melalui e-mail, SMS, Whatsapp, Telegram dan lain-lain, jangan tekan pada link tersebut. Pernah tak anda mendapat panggilan, mesej, email daripada seseorang mengenai akaun bank anda? Jangan panik. Sebaliknya, anda seharusnya membuat panggilan di bank tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada perkara itu  benar atau tidak. Kebiasaannya, pihak bank tidak akan meminta maklumat peribadi anda melalui panggilan sebaliknya mereka meminta pelanggan untuk datang sendiri ke bank itu jika terdapat sebarang masalah mengenai wang dan akaun bank.

  • INTERNET

Elakkan menggunakan public Wifi seperti WiFi yang terdapat di restoran makanan segera, perpustakaan dan lain-lain. Jika anda berbuat demikian, maklumat peribadi dan data boleh diakses, dicuri dan diguna oleh orang lain. Sebaiknya, gunalah data telefon sendiri apabila melakukan transaksi duit untuk lebih selamat.

  • LAMAN WEB

Pastikan anda memeriksa laman web bank adalah benar apabila anda hendak melakukan transaksi. Jika anda mendapati sesuatu yang agak pelik dan berbeza sama ada logo bank, tulisan dan lain-lain apabila membuka laman web tersebut, jangan melakukan transaksi wang di laman web itu. Kemungkinan itulah adalah laman web palsu yang menyerupai laman web bank yang sebenar.

  • ANTIVIRUS / SOFTWARE

Anda digalakkan untuk install antivirus pada device anda. Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan seperti laman web palsu, antivirus ini akan memberi amaran bahawa laman web itu tidak selamat. Apabila hendak membeli dan menggunakan antivirus tersebut, pastikan ia juga boleh dipercayai dan mendapat maklum balas yang baik dari penggunanya.

  • LOG OUT BUTTON

Pastikan click pada log out button apabila anda sudah selesai melakukan transaksi online.

Apa itu phishing? Nak tahu macam phishing itu berlaku? Boleh tonton dengan click pada video di bawah ini.

Dengan tips ini, anda tidak perlu lagi rasa ragu-ragu untuk bank in duit secara online. 😃 Mencegah lebih baik sebelum menyesal kemudian hari. Jangan lupa share pada kawan-kawan dan family!