Prinsip Pengiklanan

Mewujudkan iklan yang efektif memerlukan usaha yang tinggi. Melalui perancangan yang teliti, anda boleh membangkitkan tindak balas yang dikehendaki dari sasaran anda melalui iklan anda. Untuk membantu anda mencapai matlamat ini, saya kongsikan 5 prinsip pengiklanan yang harus anda ikuti untuk membuat iklan yang efektif.

1) Iklan Di Tempat Yang Tepat

Terdapat banyak tempat untuk mengiklankan seperti akhbar, televisyen dan internet tetapi platform pemasaran tidak dicipta sama. Pilih platform pengiklanan yang paling relevan dengan khalayak anda dan buat iklan yang direka khas untuk tempat-tempat tersebut. Fikirkan tentang apa yang pelanggan anda lakukan apabila mereka melihat iklan anda dan rancang mesej yang disesuaikan dengan minat mereka. Sebagai contoh, sebuah restoren mungkin mengiklanan sarapan baru mereka pada waktu siaran radio pagi dan pada masa yang sama mengiklankan hidangan makan malam yang istimewa sewaktu siaran televisyen pada waktu petang.

2) Menyentuh Emosi Dan Bersebab

Untuk membuat iklan yang berkesan, penting untuk memahami mengapa orang membeli sesuatu produk dan perkhidmatan. Iklan yang paling berjaya adalah pada masa yang sama menyentuh emosi pelanggan. Ambil perhatian pelanggan anda terlebih dahulu dengan daya tarikan emosi yang akan membuatnya menginginkan produk itu, dan kemudian ikuti dengan alasan yang rasional untuk meyakinkan pelanggan bahawa dia memerlukan produk tersebut.

3) Selaras Usaha Pengiklanan Anda

Untuk meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai produk anda, selaraskan usaha pemasaran anda supaya setiap iklan jelas mencerminkan syarikat dan jenama anda. Pengguna lebih cenderung untuk memperhatikan perniagaan anda apabila anda mempunyai pelan pemasaran bersepadu yang merangkumi iklan di pelbagai platform. Dengan menggunakan tema iklan televisyen anda yang sama dengan iklan dalam majalah, pelanggan akan lebih menyedari apa yang anda jual dan mereka akan lebih cenderung untuk mengingati nama syarikat anda apabila mereka akhirnya bersedia untuk membeli .