Hey what’s up guys?
Anda bosan duduk di rumah? Anda seorang yang suka travel? Anda mahu merancang percutian dengan kawan-kawan atau keluarga tapi malas untuk keluar rumah? Post ni sangat sesuai untuk anda. Apa guna pakai smartphone canggih kalau anda tidak ada 5 aplikasi yang saya kongsikan ini. Anda mampu merancang percutian yang lancar hanya secara “online”. Zaman serba moden ini dapat memudahkan segala urusan anda, dari menempah tiket penerbangan, tempat penginapan, aktiviti-aktiviti dan banyak lagi. Di sini saya kongsikan 5 aplikasi tersebut yang wajib ada dalam smartphone mahal anda:

  1. Traveloka

Aplikasi ini menyediakan pelbagai keperluan dalam sebuah platfrom yang membolehkan pengguna untuk membuat kenangan yang indah bersama orang-orang yang tersayang. Traveloka menawarkan servis penempahan tiket penerbangan dan pakej hotel dengan harga yang menarik. Ia juga menawarkan pelbagai pilihan untuk pengguna. Segala jenis pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Contoh: AirAsia, Etihad Airways dan Marriott Hotel.

2. Klook

Anda tak ada masa untuk beratur panjang untuk beli tiket? Tiket habis? Jangan risau kalau anda ada aplikasi Klook. Klook adalah aplikasi yang menyediakan banyak aktiviti-aktiviti yang menjadi tarikan pelancong dengan tawaran dan diskaun yang hebat. Ini dapat memastikan pengalaman pelancongan anda menjadi suatu memori yang anda tak boleh lupakan! Klook memudahkan anda untuk merancang awal percutian anda dengan menempah tiket secara online dengan menggunakan smartphone anda sahaja!

Contoh: Universal Studios, Legoland dan Aquaria.

3. AirBnb

Airbnb menyediakan tempat penginapan yang unik dan menarik dengan harga yang berpatutan khususnya anda yang melancong dengan bersama keluarga. Aplikasi ini juga memaparkan maklumat yang terperinci seperti harga, lokasi, gambar, kemudahan yang disediakan dan maklumbalas daripada pelanggan. Jenis tempat penginapan yang ditawarkan dari sebuah bilik studio, sebuah apartment sehingga lah ke sebuah rumah. Ia juga memudahkan pengguna untuk membandingkan harga dan menempah tempat penginapan secara atas talian.

Contoh: Midhills Genting dan Nova Highlands Resort.

4. iTranslate Voice

Nah, beza tempat pasti berbeza bahasanya. Aplikasi yang satu ini dapat membantu anda untuk menerjemahkan suatu bahasa kepada Bahasa yang lain dengan hanya menggunakan suara. Ianya sangat diperlukan bagi berkomunikasi dengan orang asing yang berbeza Bahasa pertuturannya. Penggunaannya sangatlah mudah dan pastinya dapat memudahkan kita ketika melaksanakan perjalanan. Walaupun perisiannya sangat penting dan sangat memudahkan sautu perjalanan, ada hal menarik dari aplikasi ini yaitu anda dapat memuat turun aplikasi ini dengan percuma dan mendapat tempoh percubaan hingga seminggu!

5. Rome2Rio

“Membuat anggaran waktu dan biaya transportasi amatlah penting bagi anda yang ingin melaksanakan suatu perjalanan”. Bagi anda yang bersependapat dengan penyataan tersebut, aplikasi ini amatlah membantu anda. Dengan hanya mengetik dari mana dan tujuan yang anda ingin pergi, maka aplikasi ini dengan serta merta memaparkan bebepara alternatif transportasi dan juga jangka waktu hingga jumlah anggaran biaya yang diperlukan. Aplikasi yag menarik ini juga dapat dimuat turun secara percuma!    

Tutorial on how to use the applications

Selamat mencuba guys!