Amaran – Posting kali ni agak panjang plak tajuk “Survival student IT”. Pengalaman #alumniFSTMKUIS bro Mahmud Al-Kauthar Mohamad Rabeh. Terima kasih banyak bro sharing yang berguna…

+ Intro Sikit
Nak kongsi pengalaman sikit. Saya masuk DCS KUIS 2008. Dulu masuk2 tu memang tak pandai kan, ingatkan Komputer Sains ni macam komputer yang dipegang2. Rupanya tertipu.. Ehh.. Semester 1 yang ajar Problem Solving and Programming Dr Juzlinda Mohd Ghazali. Pn. Juz ni senyum2 jugak, tapi bila mula kelas..menusuk kalbu, insaf semua dalam kelas, terus fokus belajar. Atas sebab tu dari tu la kitorang tertarik, jadi suka dengan programming, seronok belajar.

+ Mula-mula
Nak cerita, pengalaman tu memang kena cari sendiri. Hujung sem 1 tu, Pn. Haniza (Saad Hani) tanya kitorang, kawan dia nak buat website, siapa nak ambil. Fahmi (memang nama sebenar) kata boleh buat. Lepas tu pass pulak kat saya. Hahadoi. Ok la tu…. So dari situ kitorang mula buat side income untuk bayar yuran (kononnya). Buat projek tu, projek ni. Dengan projek2 tu, macam2 benda diperolehi. Korang bayangkan la 10 tahun lepas dan sekarang, sangat berbeza.

Zaman diploma sahaja, lebih belasan website dan sistem team kitorang dapat. Untuk yang berkaitan KUIS sahaja waktu tu, buat website untuk MPN, MPM, FSTM, PERKIM etc. Di luar pula ada sistem cafe, kedai spek, sistem khairat kematian etc. Ada yang guna Php, ada guna Excel Macro, ada guna Visual Basic. Semua yang kitorang belajar kitorang cuba praktikkan kecuali… Java. Pasal tak de permintaan.

Haa..dan saya tak buat sorang2, ada team yang sama2 usahakan. Ada yang buat marketing, sales, flow sistem, development. Hasil dari situ ada yang sampai sekarang masih aktif, dapat la duit maintenance setiap tahun, lepas la untuk bayar server sendiri.

Semua ni hasil dari tunjuk ajar sifoo2 En. Khairil Ashraf, En. Azrul Bin Sulaiman, En. Khirul Nizam yang sentiasa membantu, bg semangat, ajak pi masuk pertandingan sana, melawat tempat sini, bg ilmu dan macam2 idea dan nasihat. Pn. Fadzilah, Pn. Siti Noor Bte Ahmad+ , Pn. Shakirah Mohd Sofi Pn. Asrina (Asrina Suriani), Pn. Kaliza, Pn. Farhana(Ummu Haziq), Pn. Aisyah dan ramai lagi yg mengajar kami. Semua ilmu tu kena digabungkan untuk mendapatkan hasilnya.

+ Praktikal lah pulak
Masa praktikal 2010 selama 3 bulan, Smartphone baru mula menapak kat Malaysia. Supervisor tanya, pandai buat website tak? Jawap boleh la kan… Bulan pertama tu.. tetiba sv suruh buat projek Android. Perghh….apahal pulak.. aku tak tau apa2 langsung pasal robot ni. Langsung tak pernah dengar. Terima je lah…dah sv suruh. Versi waktu tu 2.1 Eclair. Kena assist developer untuk develop app untuk Harian Metro. Hujung bulan pertama, tukar pulak ke Android 2.2 Froyo (memandai je dorang, sakit hati nak setup Android ni zaman dulu). Nak tak nak, memang kena study la. Alhamdulillah waktu tu KUIS ada subjek Java. Tapi bila congak2, memang tak sama pun macam apa yg belajar tu. Sob2. Dapat la asas import java.io.* .

Pertengahan bulan ke dua praktikal.. Bos panggil semua meeting. Ada projek dari parent company untuk buat Project Tracking System. Sistem untuk update status projek yang sedang dibuat, etc. La ni..dapat arahan lain, kena buat untuk Blackberry lak. Zaman tu Blackberry paling top. Habis pusing kepala nak tukar dari Android ke Blackberry, nasib la dua2 masih Java. Kena juga buat backend sistem guna PHP, guna API untuk hantar record ke database, tarik di Blackberry vice versa.

+ Ada ke hasil?
Pembelajaran di kelas walaupun asas sahaja, banyak membantu untuk memulakan sesuatu, memberi idea apa yang diperlukan. Cumanya, kena diasah lagi. Kalau tak di asah asas tu umpama makan nenas tanpa buang kulit, menyakitkan je. Tapi, walau dah buang kulit tersebut, masih tajam juga dan kadang2 boleh dapat lidas. Walau dah asah, tapi benda baru tetap ada yang memerlukan kesungguhan diri. Ilmu ni kena asah dengan kerap supaya kita dapat memahami sesuatu itu dengan lebih cepat dan memberi keyakinan kepada diri.

Sekarang ni nak belajar sesuatu itu banyak tempat boleh lihat dan cuba. Tinggal klik je walau kepala sedang berada di atas bantal, terus dapat maklumat. Mahupun sedang tidur, maklumat tu boleh masuk. Jangan sia2kan.

+ Apa kaitannya?
Jadi apa kena mengena dengan status yang En. Khairil Ashraf kongsikan? Cuma nak bagitau, memang masa kerja, tak sama dengan apa yang ada dalam kelas. Company nak macam2 dengan kita. Jadi dengan pengalaman aktif beraktiviti / masuk pertandingan / buat projek / explore pelbagai2 benda semasa belajar, dapat membantu kita semasa interview, berkerja dan bercakap serta memahami kehendak pekerjaan kita.

Tak habis lagi ke?