Pernah dapat panggilan dari London, Russia atau Austria? Macam mana nak block?

PDRM pernah melaporkan orang ramai mengadu menerima panggilan daripada nombor yang mencurigakan antaranya nombor yang bermula dengan pangkal +960, +373, +216, +795, +324 yang dikatakan panggilan dari luar negara.

Melainkan anda ada kawan2 atau saudara mara di London, kalau tiada kemungkinan besar ianya SPAMCALL atau ROBOCALL.

PDRM menasihati anda abaikan nombor-nombor tersebut dan jangan jawab. Ada juga kemungkinan anda akan dikenakan bayaran tinggi sekiranya membalas panggilan nombor-nombor tersebut. Atau maklumat peribadi dicuri. Sila buat carian Google dahulu sebelum membalas panggilan.

Satu lagi cara boleh blok nombor tersebut seperti dalam gambar. Ataupun install apps menapis panggilan seperti TrueCaller. Terima kasih banyak berkongsi, pastikan RESHARE supaya orang-orang yang anda sayangi tak terjebak.

Admin nak survey sikit apa apps yang anda guna untuk tapis panggilan…



Artikel disediakan oleh:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614