TAHNIAH CHAMPION Uitm Capture the Flag & Forensic Challenge 2019.

Alhamdulillah sekali lagi pelajar2 Bach Networking FSTM KUIS mengusahakan bakat dalam pertandingan tersebut.

TAHNIAH sifu Khairil Ashraf, bro Fareed, al Imran & Eizlan Ryu!

Hackerz baik atau jahat? Apa kata anda?

Pendapat kami – depends. Kalau hacker tu masuk sistem orang lain tanpa kebenaran, curi data peribadi, jual kat orang atau sengaja buat khianat itu memang jahat. Dan ada akta untuk ini yang boleh didakwa di mahkamah.

Ada satu lagi kategori hacker memang kerjanya cari kelemahan sistem orang lain {dengan kebenaran}, bantu untuk perbaiki. Kadang2 depa guna istilah pentest (penetration tester). Perkhidmatan seperti ini insyaAllah sah selagi tertakluk dalam kontrak.

Cuma selagi namanya manusia, tidak akan bebas daripada godaan nak buat jahat. Sebaik mana pun dia. Tapi kalau ada iman, insyaAllah dia akan cuba untuk tidak berbuat jahat.

Jadi kami galakkan orang2 baik yang kat luar tu jadi lah hackerz. Jangan guna alasan tak tahan godaan jadi jahat utk tidak jadi hackerz. Kalau orang2 baik taknak jadi hackerz, maksudnya kerjaya tu akan diisi oleh orang2 yg tak baik… 😉

UITM CTF & Forensic Challenge 2019 Champion Cloud9 champs
UITM CTF & Forensic Challenge 2019 Champion Cloud9 champs
UITM CTF & Forensic Challenge 2019 Champion Cloud9 champs in action
UITM CTF & Forensic Challenge 2019 Champion Cloud9 champs in action

Keputusan lengkap Kategori Forensic
1. KUIS 153
2. UNIKL 145
3. UTM 94

Laporan penuh penyelesaian tugasan pertandingan kumpulan Cloud9 FSTM KUIS di sini – Cloud9 Report of UITM iCTFF 2019 CTF & Forensic Challenge


Cloud9 of FSTM: 2nd Runner up Game of Hackers UNIKL 2019

Cloud9 of FSTM: 2nd Runner up Game of Hackers UNIKL 2019
Cloud9 of FSTM: 2nd Runner up Game of Hackers UNIKL 2019

UNIKL MIIT, 16 October 2019: Congratulations to the Champion and winners of Game of Hackers (GoH) Competition that ended just recently today!

Participants from Bachelor of Networking Technology; Hazmirul, Fareed and Al Imran (Cloud9) won the third place. This time around Game of Hackers is hosted by UNIKL MIIT. Congratulations Cloud9 for winning the title.

GoH Official Results:
1. Champion: Shellhound (APU)
2. Ist Runner-Up: Varsword (UniKL MIIT)
3. 2nd Runner-Up: Cloud9 (KUIS)

Congratulations to #teamKUIS of cloud9!

#GameOfHackers


KPMG2019 – Tahniah team Fareed Fauzi dan Mohamad al Imran pemenang tempat kedua

KPMG2019 - Tahniah Fareed Fauzi dan Mohamad al Imran pemenang tempat kedua
KPMG2019 – Tahniah Fareed Fauzi dan Mohamad al Imran pemenang tempat kedua

KPMG2019 – Congratulations to teamDcypher ( Fareed KUIS, al-Imran KUIS, Redza UNIKL dan Imran APU) 1st runner up KPMG Cyber Security Challenge. From 20teams, this team acquired second place.

+++++++

Tahniah teamDcypher ( Fareed KUIS, al-Imran KUIS, Redza UNIKL dan Imran APU) 1st runner up KPMG Cyber Security Challenge. Daripada 20 kumpulan, team mereka adalah pemenang tempat kedua.

Alhamdulillah, pada hari ini pasukan Dcypher telah diwakili dua wakil KUIS yang juga merupakan pelajar FSTM ke pertandingan KPMG Cyber Security Challenge 2019, bernaung bawah KPMG Malaysia, bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya First Avenue, Bandar Utama City Centre.

Dua pelajar tersebut ialah Ahmad Fareed Fauzi bin Mohamad Radzi dan Muhammad Al’Imran Bin Mohd Khairuddin. Untuk makluman, dua pelajar ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Rangkaian, semester 7. Tahniah juga kepada mentor dan sifu Khairil Ashraf.

Tahniah dan syabas kepada kepada pasukan Dcypher kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Semoga dengan pencapaian ini dapat memberi inspirasi dan pembakar semangat kepada mahasiswa KUIS dan FSTM terutamanya untuk meningkatkan potensi diri dalam bidang IT.

#FSTMkeHadapan #FSTMovingForward

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIS
2019/2020

Cloud9 HITB-SG 2019 Hack in the Box Singapore
Cloud9 HITB-SG 2019 Hack in the Box Singapore
Cloud9 HITB-SG 2019 Hack in the Box Singapore - Jalur gemilang
Cloud9 HITB-SG 2019 Hack in the Box Singapore – Jalur gemilang

HITB-SEC SG 2019

Gambatte Cloud9 of fstmkuis – HITB CTF Competition (Hack in the Box 2019 Singapore)

Jalur Gemilang di HITB Singapore. Delegasi dari FSTM KUIS pelajar-pelajar Teknologi Rangkaian memulakan cabaran hacking seterusnya.

Do wish us good luck… 🤞 
.
Learning by doing… Chaiyok! …See More

1st Runner-up NXDefender 2018 Cyber Security Competition
1st Runner-up NXDefender 2018 Cyber Security Competition

Taman Teknologi Bukit Jalil, 22 Nov 2018 – Alhamdulillah. Tahniah team cloud9 of #fstmkuis tempat kedua pertandingan akhir Cyber Security Competition di APU hari ini. Pertandingan anjuran MDEC & LE Global Services Sdn Bhd.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga berkongsi jumlah markah yang sama, namun team FSTM KUIS berjaya di tempat kedua. Alhamdulillah RM1500 sebagai ‘bounty’. Tahniah Hazmirul, Fareed, Al-Imran dan En Ashraf . 😊 👍 👍 👍

Para ahli merupakan pelajar2 FSTM Bachelor of Networking Technology, dengan En Ashraf merupakan pensyarah System Admin / Networking Security juga mentor kepada team ini.


Team FSTM 1st Winner in CRAC 2018, Cyber Range Politeknik Mersing

Crac18 Cyber Security Hack and Defense Politeknik Mersing
Crac18 Cyber Security Hack and Defense Politeknik Mersing

Politeknik Mersing, 7 October 2018 – Alhamdulillah dipanjatkan sepenuh kesyukuran pada Allah dengan pencapaian team CLOUD9 dari FSTM KUIS  memenangi Cyber Range Academy Conference Attack & Defense CTF 2018. Sebanyak 16 kumpulan bertanding dari APU, UTM, UITM, UNIKL, Politeknik Caltex Indonesia, dan lain-lain lagi.

Team CLoud9 FSTM terdiri daripada para pelajar Bachelor Teknologi Rangkaian FSTMKUIS; Hazmirul (Ketua), Fareed Fauzi dan Mohamad al-Imran.

CRAC 2018 Attack & Defense CTF – 7 Oktober 2018

Antara yang istimewa kali ini, cabaran amat sukar kerana melibatkan pertahanan sistem, serangan kepada sistem musuh dalam masa yang sama mencari bendera dalam Capture the Flag . Setiap kumpulan dibekalkan dengan sistem/server yang mempunyai kelemahan (vulnerability) pertahankan server tersebut. Masa yang sama serang server peserta yang lain untuk mendapatkan mata.


APU Taman Teknologi, Bukit Jalil, Khamis 13 Sept 2018 – Kali ni kat APU pulak dapat Second place (Cloud9 – previously RAIZA). APU Battle of Hackers, first place APU (team HashCow) dan third dari UniKL (team Occu17).

Tahniah Hazmirul, Fareed, Al-Imran, Arief, Nasrul, Yusof dan semua team #FSTMKUIS . Bekerja keras training & buat latihan sampai tak tido malam. Semua peserta dari Bachelor Networking Technology FSTM KUIS, dan juga SIG-FSTM.

Sebenarnya pertandingan hacking ni bukan nak jadikan peserta penceroboh sistem komputer. Tapi kalau nak cegah sistem diceroboh, kena tahu macam mana penceroboh fikir, juga tahu macam mana penceroboh menceroboh. Pastinya kita perlu juga kuatkan peserta dengan iman dan etika yang baik. – to catch a thief, one must think as a thief –

Cloud9 (previously RAIZA) – you made us proud!!!

Tahniah juga bos Khairil Ashraf & Azrul Bin Sulaiman yang banyak bimbing teams.

Berikut merupakan write-up cabaran/flag yang disediakan oleh peserta FSTM;

  1. Web exploit –  https://sig-fstm.github.io/posts/apuboh18-ctf-writeup-web-exploit-3/
  2. Reverse engineering – https://fareedf.wordpress.com/2018/09/14/apu-battle-of-hackers-writeup-just_a_simple-exe-and-new_malaysia-exe-reverse-engineering/
  3. Malware in the captured network packets – https://fareedf.wordpress.com/2018/09/14/apu-battle-of-hackers-2018-writeup-malware-triggered/
  4. Reverse engineering of APK Android file – https://fareedf.wordpress.com/2018/09/14/apu-battle-of-hackers-2018-clicker-writeup/

“Congratulations to all the winners and participants for Capture the Flag ( CTF ) Hacking Competition 2018 which saw the following results:

CHAMPION : RAIZA Team of #fstmkuis (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
First Runner Up : NoHat Team, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Second Runner Up: Fluxion Team, MIIT UNIKL

Organised by the students of Computer System Security Club of UniKL MIIT, the one-day event went on smoothly. Kudos to the organising committee!”  – UNIKL Official fbpage.

Bangi, 25 April 2018 – Tahniah kepada team RAIZA dan REXCON bekerja keras mengharumkan nama #fstmkuis dipersada hacking Malaysia. Team RAIZA merupakan johan UNIKL Capture The Flag Hacking Competition, 25 April 2018 bertempat di Lobi  UniKL City Campus.

Kami di #FSTMKUIS berbangga dengan pencapaian hebat anda semua. Team RAIZA terdiri daripada En Khairil Ashraf (Mentor), Hazmirul Afiq(Ketua), Fareed Fauzi, dan Mohammad Al-Imran merupakan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian).

Namun kejayaan ini untuk dibangga-bangga, Insya-Allah ilmu yang ditimba akan digunakan ke arah kebaikan. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Tolong orang lain buat baik, jangan tolong orang yang buat jahat. Jadi gunakan kemahiran pada jalan kebaikan.

TAHNIAH sekali lagi!!!

Sedikit info tentang “Capture the Flag Hacking Competition ” – CTF merupakan siri cabaran yang berbeza tahap kesukaran. Peserta/kumpulan mesti menyelesaikan cabaran yang disediakan oleh penganjur untuk mendapatkan ‘bendera’. Setiap ‘bendera’ ini disediakan markah yang berbeza mengikut tahap kesukaran.

Antara contoh cabaran adalah peserta menggunakan kemahiran rangkaian komputer untuk menyahkod maklumat yang disembunyikan dalam penghantaran fail/dalam server. Kumpulan yang dapat meyelesaikan cabaran paling banyak, dalam masa paling singkat kebiasaannya akan menjadi pemenang.

Sebelum ini team RAIZA juga pernah menyertai pertandingan seperti ini di HACK@10 UNITEN, dan berada di tempat keempat ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/team-raiza-fstm-menang/ ).

FSTM mempunyai dua buah jabatan utama iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (Multimedia) dan Jabatan Sains Komputer. Pelbagai program IT dipacukan bersama rakan teknologi industri seperti Microsoft, Redhat Academy, Cisco, Adobe dan Amazon Web Services.

FSTM menawarkan empat program prasiswazah iaitu;

BT01 Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)
=> bit.ly/fstmbcm
BT02 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
=> bit.ly/fstmbcnt
MS36 Diploma Multimedia
=> bit.ly/fstmdmm
MS39 Diploma Sains Komputer
=> bit.ly/fstmdcs
.
Manakala program pengajian pasca-siswazah;

PT01 Ijazah Doktor Falsafah Multimedia Kreatif
MC03 Teknologi Maklumat
=> bit.ly/fstmmit
MT20 Sains (Multimedia Kreatif)
.
Pengajian Asas Teknologi Maklumat (oleh Pusat Asasi KUIS). Panduan dan syarat kemasukan asasi di sini
=> bit.ly/fstmasasi



Penulis:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614