Kursus terbaharu IONIC-5

WhatsApp kami di wasap.my/60129034614 
Dapatkan tarikh kursus terkini di fb.com/khirulnizam

Kursus Apps Mobile dengan Framework Ionic tajaan geran PENJANA.

Due to the recent announcement of the extension of CMCO to 14th January, my team and I have discussed and decided to have a portion of the classes ONLINE.

3 days ONLINE + 2 days on-site

ONLINE CLASSES
4th to 6th January 2021
– Classes will be done online via Cisco Webex. Please download the relevant software at www.webex.com
– Classes credentials to be passed 1 day before class

OFFLINE CLASSES AT OUR TRAINING CENTER
2nd to 3rd February 2021
– Subject to change if CMCO is extended
– Goodies will be passed during the offline classes exclusively to participants who attend


Kursus Ionic 2021 Suruhanjaya Pengurusan Air Negara Cyberjaya melibatkan pembangunan apps Android dan iOS.


Kolej Komuniti Temerloh September 2020

ILP Selandar Ogos 2020

Berikut senarai tutorial yang sedang kami bangunkan;

HARI 1 & 2

  1. Pengenalan IONIC dan cara pasang dalam Windows10
    ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/ionic-pengenalan/ ).
    Versi PDF pengenalan & install IONIC
  2. Pasang plugin TypeSript (skrip utama dalam Ionic) dalam Sublime.
  3. Struktur asas Page dalam projek Ionic.
  4. Sharing intent kepada media sosial.
  5. Plugin Kamera dalam apps Ionic ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/ionic-kamera/ )

WhatsApp kami di wasap.my/60129034614 
Dapatkan tarikh kursus terkini di fb.com/khirulnizam


HARI 2 & 3 IONIC + FIREBASE

  1. Firebase Ionic CRUD – masukkan rekod baharu (download slides)
  2. Firebase Ionic CRUD – baca rekod dan senaraikan (download slides)
  3. Firebase Ionic CRUD – perbaharui dan pada rekod (download slides)
Kod contoh lengkap S-CRUD IONIC+FIREBASE di GITHUB.com/khirulnizam/ionmasjid
Kod contoh lengkap S-CRUD IONIC+FIREBASE di GITHUB.com/khirulnizam/ionmasjid

Kita pasti biasa dengan pembangunan mobile app menggunakan Android Studio tapi terdapat platform lain seperti Xcode dan sebagainya. Jadi apa itu Ionic pula?

Ionic adalah kit pembangunan perisian sumber terbuka lengkap untuk pembangunan apl mudah alih hibrid. Versi asal dikeluarkan pada tahun 2013 dan dibina di atas AngularJS dan Apache Cordova. Keluaran terbaharu telah dibina semula sebagai satu set Komponen Web, yang membolehkan pengguna memilih sebarang framework UI, seperti Angular, React atau Vue.js. Ia juga membolehkan penggunaan komponen ionik tanpa framework UI lain. Ionic menyediakan alat dan perkhidmatan untuk membangunkan aplikasi hibrid mudah alih, desktop, dan Progresif berdasarkan teknologi dan amalan pembangunan web moden, menggunakan teknologi Web seperti CSS, HTML5, dan Sass. Khususnya, aplikasi mudah alih boleh dibina dengan teknologi Web ini dan kemudian diedarkan melalui app store untuk dipasang pada peranti dengan menggunakan Cordova atau Capacitor.

Hibrid itu apa?

Kod yang sama boleh hasilkan apl utk platform yang berlainan seperti iPhone & Android. Tak perlu kepakaran yang berbeza untuk bangun dan pasarkan apl di app store yang berbeza. Selain daripada Ionic, terdapat platform lain seperti React Native, Xamarin, Flutter dan lain-lain. Semua ini bergantung pada kesediaan, keperluan dan kelebihan masing-masing.

Komponen Web ini apa pula?

Komponen Web membolehkan penciptaan widget atau komponen boleh digunakan semula dalam dokumen web dan aplikasi web. Model komponen membolehkan encapsulation ( dengan fungsi mereka terkandung jauh dari seluruh kod anda ) dan kebolehoperasi elemen-elemen HTML.

Bagaimana nak bermula?

Alatan yang diperlukan untuk bermula…

  1. PC dengan kod editor seperti Sublime Text, VS Code atau lain-lain
  2. pelayar web dan telefon untuk uji
  3. npm boleh dipasang dari https://nodejs.org/en/
  4. ionic https://ionicframework.com/getting-started#cli
  5. Cordova npm install -g cordova
  6. Ionic DevApp daripada Google PlayStore

Selamat dan jom sertai bengkel untuk dapat pengalaman hands-on dengan trainer berhadapan…

Rujukan:

  • http://fstm.kuis.edu.my/blog/ionic/
  • https://developer.mozilla.org/en-US/docs/Web/Web_Components
  • https://nodejs.org/en/
  • https://ionicframework.com/framework
Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019
Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019

Maaf membebel dulu panjang, sebelum kita cerita Ionic.

Tugas pengajar/cikgu tunjuk 1+2=3, tugas yg belajar adalah apply ilmu yabg diberi dan selesaikan 4+5. Macam mana nak kira 1+2? Keluarkan satu jari sebelah tangan kiri. Keluarkan dua jari sebelah tangan kanan. Pastu kira ada berapa jari. Cuba kira 4+5 pulak.

Itu adalah konsep asas arithmetik tahun1. Dalam tahun1 tidak diajar 2juta + 3juta, ilmu ni diajar pada peringkat yg lebih tinggi pulak.

Sama jugak bakal2 programmer semester1 belajar sains komputer. Depa belajar algorithma/penyelesaian masalah. Sem2 mungkin belajar basics C atau Java. Naik sem3 oop, diikuti database, web/mobile programming, visual programming dan last di sem akhir bangunkan sistem fyp.

Ambil contoh mobile programming, dulu cuma ada AndroidStudio & xcode. Dalam satu subjek, dengan constrain masa satu semester 14minggu, sempatkah kita cover both Android Studio & xcode? Memang tak sempat jadi cuma satu sahaja yang akan pelajar explore sem itu. Tapi industri expect boleh buat both.

Kemudian datang teknologi HTML based hybrid dan multiplatform, yg mana kod yg sama boleh hasilkan apps utk platform iPhone & Android. Industri suka sebab murah tak perlu hire dua kepakaran. Industri pon expect fresh grad boleh buat hybrid multiplatform apps.

Hybrid & multiplatform yg sebelum ni guna HTML + Javascript dah berkembang dengan banyak lagi tools; ionic, reactnative, xamarin, flutter dll. Freshgrad nak datang interview pun takut sebab dalam requirement kena tahu multiplatform hybrid apps dev + backend using framework bagai.

Berilah ruang dan peluang programmer baru ni sesuai dengan peringkatnya. Setiap peringkat ada pengetahuan dan pengalaman yang bersesuaian. Tak aci kalau kita hire junior programmer tapi expectations macam depa dah pakar level fullstack developer.

Tak aci jugak kalau hire graduate sains komputer expect depa boleh guna programming tools & semua programming language yang ada di pasaran. Mereka memang dibekalkan skills programming. Tapi depa perlukan masa untuk master programming tools/language yang baru depa jumpa. (tak dinafikan ada yg tak berbakat programmer)

P/s: Disebabkan keperluan teknologi, gigih den belajar typescript dalam ionic + nosql firebase. InsyaAllah updates skills nak ajar bakal2 programmer. Jangan kata eden takder effort nak hapdate skill. 😉

Mesti ada yg gelak ionic dah lama wujud la bro. Ni sesi ulangkaji ek. Flutter pon baru jer beguru dengan abam Caspian memang terbaik dia ajar. Cumanya ada kesukaran dgn Dart, tunggu tools yg lebih friendly sikit.

Memang diakui kami tak akan sempat buat projek yg kompleks dari skills baru belajar ni. Kekuatan den InshaAllah mampu menerangkan teknologi yg den baru belajar ini dengan lebih mudah difahami.

Hakikatnya orang industri memang hebat bangunkan apps/sistem sebab itu peluang dan ruang yang depa ada hari2 hadap. Tapi kami pengajar/trainer tetap gigih fahamkan apa2 teknologi baru kemudian nak bagi faham anak2 murid pulak. Itu peranan kami. Kita hormati peranan masing2.

September 2019 – selepas 10 tahun dengan Android Studio kami decide untuk explore satu lagi tools baru dalam hybrid multiplatform development. Selepas explore Flutter & ReactNative cuba lagi satu IONIC.

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS. Khirulnizam telah menjadi pengajar/trainer Programming semenjak 1999. Bermula dengan C, Java, Visual Basic, PHP & MySQL. Sekarang lebih berminat dengan MVC framework (masa depan pengaturcaraan) seperti Android Studio, Bootstrap, Laravel, dan IONIC. Bermula 2020 beliau akan fokus dengan IONIC sebagai mobile frontend dan Laravel sebagai backend.

Untuk training pertama kalinya, kod dan nota ada di GITHUB –
https://github.com/khirulnizam/todoapp

Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019 trainers
Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019 trainers
Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019 trainers in debugging mode
Kolej Vokasional Sepang kursus IONIC Malaysia 2019 trainers in debugging mode
Ionic training with Razman Sarit – fb
Jan 2020: ionic workshop training 1st in FSTM KUIS with En Khirulnizam
Jan 2020: ionic workshop 1st in FSTM KUIS with En Khirulnizam
Jan 2020: ionic workshop training 1st in FSTM KUIS with En Khirulnizam
Jan 2020: ionic workshop training 1st in FSTM KUIS with En Khirulnizam

Basic Ionic sample: github.com/khirulnizam/myfirstapp
WhatsApp kami di wasap.my/60129034614 
Dapatkan tarikh kursus terkini di fb.com/khirulnizam