Nak buat website mesti sediakan versi mobile yang pantas capaian. Boleh implemen responsive layout design. Pospek ni manusia, tak ramai yang sanggup tunggu. Kalau lambat load, prospek lari. Banyak template Joomla/Wordpress yang dah sediakan responsive layout.

RATE OF ABANDONMENT – saja nak share.

Masa yang diambil oleh page artikel atau konten untuk load sepenuhnya ada impaknya pada “rate of abandonment”?

Menurut data dari Google, lebih banyak masa yang diambil oleh page untuk load, semakin tinggi kebarangkalian untuk pelawat (visitor) meninggalkan page tersebut.

FAKTOR WEBSITE LAMBAT LOADING

  1. Gambar saiz besar – saiz file imej banner lebih 300KB sudah agak besar. Bila nak export imej dalam Photoshop/Illistrator gunakan “Optimized for Web”.
  2. Tiada web page versi mobile – user capai dari smartphone, line kadang-kadang 3G, H+, 4G tidak menentu.
  3. Script yang tidak optimize – terutamanya bila menggunakan CMS, ada plug-in yang tidak berkualiti.
  4. Masalah dengan CDN sekiranya anda guna public framework seperti BootStrap (Content Delivery Network server jem).

Sumber imej HOBO