Terima kasih atas perkhidmatan anda. Maksudnya walaupun backed by syarikat besar tak semestinya mampu bertahan. WP10 pun belum cukup menyakinkan.

Pernah satu masa kami team FSTM, KUIS bangunkan dan published dua apps untuk platform ini (tapi sekarang dah kena unpublished pasal tak update). Jodoh tak panjang sebab rasa skeptical bila Nokia jer phone yang guna Windows Phone, yang lain takmo join.

Satu kehebatan Microsoft adalah IDE Visual Studio memang awesome. Sangat user-friendly, sekejap jah boleh siap apps.

Sekarang ni makin bagus bila depa buat MS Visual Studio Community Edition (free mungkin terhad fungsi). Yang lagi bestnya Xamarin dalam Visual Studio boleh jana Android + iOS + wp10 apps. Mesti tahu IDE ini untuk subjek Mobile Programming.