Projek IT biasanya melibatkan fail yang banyak. Dari dokumentasi MSWord, fail pembentangan PowerPoint, HTML, CSS & PHP skrip, imej antaramuka, raw Photoshop, dan bagai lagi. Bila pindah ke flash-drive atau fail yang banyak dan terpisah akan menyebabkan lambat diproses. Begitu juga sekiranya kita lampirkan banyak fail dalam email, proses upload fail yang banyak terpisah mengambil lebih masa. Jadi antara penyelesaiannya – satukan semua fail yang yang banyak itu dalam ZIP menggunakan WINZIP.

WinZIP antara perisian memadatkan saiz fail (compress) yang popular. Ia telah lama dalam pasaran dan terdapat versi percuma.

Kelebihan kompress fail:

  1. Saiz fail berkurangan makin kecil secara significant.
  2. Proses pemindahan/muat-naik/muat-turun lebih laju.

Selepas install WinRar (download dari win-rar.com) boleh mulakan perisian tersebut WinRar. Cara yang lebih mudah pergi ke folder yang nak dikompres. Klik-kanan dan pilih “Add to archive…”

Taip nama fail ZIP anda. Fail RAR lebih kecil saiznya, pilih ZIP sebab kita tak tahu kawan yang kita nak hantar fail tu ada WinRAR atau tidak. Format ZIP adalah universal kerana Windows/server FTP pastinya boleh ekstrak fail format ini. Boleh set password sekiranya anda perlu.

Terima kasih selamat mencuba. LIKE/FOLLOW page kami di medsos Facebook dan Instagram