Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Semoga korang yang baca artikel ni sihat selalu. Korang tak perlu bimbang atau was2 kerana kami nak kongsi benda yang amat bermanfaat untuk kehidupan kita semua bersama. Korang wajib baca sampai habis sambil2 makan popcorn tu. Zaman serba moden ni, tipulah kalau dalam telefon korang yang berjenama macam huawei atau ipong tiada aplikasi seperti Whatsapp, Facebook dan lain2. Cuba korang bayangkan satu hari nanti tetiba Whatsapp down. Korang pasti akan cemas, bukan? Jangan risau kawan2 kerana aplikasi Telegram boleh menyelamatkan situasi korang. Bukan itu sahaja, Telegram mampu mengubah kehidupan korang jugak haha. Ada 7 fungsi Special Telegram yang ramai tidak tahu!

1) Ytranslatebot
Lepasni korang tak perlu susah pergi Googletranslate. Kesian Googletranslate semua manusia mengharapkan dia. Apa kata kita cuba sesuatu yang baru pulak. Ytranslatebot ni mampu translate mesej yang kita ingin sampaikan. Bukan itu sahaja, mesej kita ada pilihan untuk pilih apa sahaja language yang kita mahukan.

2) Skeddy
Manusia ni kadang2 ada sifat pelupa. Muda2 lagi kita dah jadi pelupa. Haa jangan nyanyuk sudah. Skeddybot ini sesuai untuk orang yang mudah lupa .Skeddybot ini bantu korang ingat balik kiranya sebagai reminder lah .Contoh korang send ‘Tengok esaimen every 5 minutes ‘ so dia akan text remind kita setiap 5 minute sampai selesai .Nak diikutkan lecturer pun diorang dah penat asyik remind benda yang sama iaitu esaimen kan ? So, dengan adanya skeddy ni kita sebagai pelajar tiada alasan lagi nak siapkan esaimen dengan lebih awal selepas ni haha…

3) PandaiBot
Nama je pandai tak semestinya terus jadi pandai kawan2 .Pandaibot ni dia sediakan fungsi yang amat menarik dan berguna seperti semak cuaca ,waktu solat, kamus, senarai hitam ptptn dan lain2 .PandaiBot ni dah bantu kita semak waktu solat maka dengan itu jangan kita lewatkan solat pulak ya selepas ni .Jadi ayuh mengimarahkan masjid !

4) Gamee
Korang mesti pelik macam mana telegram boleh ada game. Korang tak perlu pelik sebab memang wujud pun. Korang takkan bosan sebab korang boleh ajak kawan2 main sekali. Game dia tak lah sehebat Pubg ke atau ML ke. Game ni sedikit sebanyak bantu lah kita elakkan kebosanan di dalam kelas ke atau di tempat kerja ke. Selalunya orang yang perform dalam exam ni orang selalu main game , yeke? haa jangan ikut perangai kami pulak main game tak ingat dunia.

5) PhotosetterBot
Korang mesti ada kawan yang jenis malas menulis nota kan? Takpe kawan korang sama dengan kami. Photosetterbot ni boleh convertkan tulisan dalam image kepada bentuk text. Contoh, korang hanya screenshot nota dalam bentuk image then bot ini akan tolong taipkan. Korang patut terima kasih dekat photosetter ni sebab sudah memudahkan urusan kita yang serba malas ini .

6) VkmBot
Bagi yang gemar music mestilah korang tidak lain tidak bukan Spotify dan JOOX menjadi pilihan utama. Dengan Vkmbot ni korang tak perlu rasa janggal. Hanya taip tajuk lagu atau penyanyi maka akan keluar list lagu oleh penyanyi yang kita nak. Then, pilih dan tekan play sahaja lagu tu. Pasanglah lagu nasyid dari Raihan  ke kasi insaf sikit kepada kita yang banyak dosa ni. Zasss!


7) Pollr
Pelajar IPT khususnya , pasti korang akan ada group esaimen. Pastu dalam group pasti ada idea dan pendapat masing2. Masa ni lah korang boleh gunakan Pollr untuk vote sesuatu keputusan dalam kalangan group members. Menarik bukan?

VIDEO TUTORIAL MENGGUNAKAN 7 BOTS DI ATAS

Video by : Muhamad Zharif

InshaaAllah, kami harap korang dapat sesuatu input baru lepas baca artikel ni. Zaman sekarang dah serba canggih dan moden maka sebab itu kita perlu mahir dalam menggunakannya. Sedar lah wahai manusia haha. Sekian perkongsian dari kami pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dan E-Dagang semester ke-4 .Semoga manfaat ini dikongsi kepada rakan2 anda yang lain.

Tunggu apa lagi?? Muat turun dan explorelah Telegram sekarang !