Hiiii, mesti korang semua still guna WhatsApp lagi kan? Telegram sebenarnya adalah messaging app juga macam WhatsApp. Tetapi korang tau tak banyakkk sangat kelebihan Telegram dari Whatsapp? Kat sini, kami akan explain apa yang korang boleh buat dengan Telegram.

  1.  Username

Feature username ni adalah sebagai ganti no telefon kita. Sebab apa? Sebab kita sebagai user tak perlu nak dedahkan no telefon kita pun untuk orang nak cari contact kita. Kita hanya perlu bagi username sahaja. 

      2. Media transfer

Dekat Telegram, semua jenis media ataupun file korang boleh hantar. Sebab Telegram tak tetapkan berapa saiz file yang boleh dihantar. Korang nak hantar lagu banyak-banyak? Nak hantar movie yang berdurasi 2 hingga 4 jam? Korang nak hantar cerita-cerita drama yang ada 20 episod pun boleh tanpa sebarang masalah.  

Selain itu, kalau korang mementingkan kualiti video atau pun gambar, Telegram la lebih bagus kualitinya dari Whatsapp.

      3. Telegram Bot

Haaaa ini la point paling penting! Bot ni lebih kurang macam satu program lain yang ada dalam Telegram ni. Korang tau tak korang boleh download game dan lagu kat sini? Dalam bahasa mudah, bot nie macam satu program komputer yang menjalankan satu tugasan secara automatik berdasarkan arahan yang kita bagi.

  • Gamee

@gamee adalah bot untuk korang main game. Macam-macam game dalam ni dan korang boleh pilih sama ada nak main secara solo atau dengan kawan-kawan korang. Walaupun game dia biasa-biasa je tak macam ML atau PUBG, tapi sangat berguna bila korang tengah bosan tak ada kerja nak buat or tak tahu nak buat apa. Haaaa boleh la cuba.

  • VKM Bot

Bagi penggemar muzik, korang mesti suka dengan @vkm_bot. Sebab apa? Korang dah tak perlu dah nak install Spotify, Joox dan sewaktu dengannya. Hanya taip tajuk lagu atau artis yang korang minat dan dia akan listkan ikut apa korang minta. Pilih dan tekan play sahaja. Lagu tetap dimainkan even korang nak bukak apps yang lain.

  • Movies Tracker Bot

Bagi yang kaki movie pula, korang boleh jadikan @movies4Bot sebagai rujukan untuk dapatkan info berkaitan filem yang korang nak. Maklumat filem-filem semua diambil dari IMDB. Jadi, korang boleh la nak baca info-info, pelakon-pelakon, plot, rating dan poster filem tersebut.

  • Pandai Bot

@pandaibot ni pula adalah bot versi Malaysia. Bot ini ada banyak sangat fungsi yang menarik dan juga sangat berguna. Antara fungsi yang @pandaibot ni ada ialah boleh menyemak tracking number, cuaca, waktu solat, kamus dan banyak lagi. Korang nak check daftar pemilih spr dan blacklist ptptn pun boleh. 

      4. Backup Chat / Uninstall

Katakan lah handphone korang ‘jam’ dan nak uninstall beberapa apps, antaranya Telegram. Boleh je nak uninstall Telegram sebabnya semua mesej, nota penting, group, mesej-mesej yang korang saved semua tu tak akan hilang!! Bila korang install balik, masukkan je nombor telefon korang yang sama, 100% sama macam sebelum korang uninstall. Tak percaya? Cuba lahhh sendiri

Kalau whatsapp ter-uninstall or nak bukak dekat phone lain?? Bye byeee je lah kan. Nak kena backup dulu sebelum uninstall, lepastu dah install nak kena restore semua balik. Fuhhhh penat la kan camtu!

Haaaaa, nampak tak betapa banyaknya kelebihan yang Telegram ada berbanding WhatsApp? Jadi ayuh lah semua berpindah ke Telegram hehehe.