Maybe korang ada yang tercari-cari app yang “easy” untuk korang gunakan di kandungan media sosial yang menampakkan social media korang lebih unik. Kesemua app ini senang untuk dikendalikan dan bukanlah app yang memerlukan kepakaran dalam mereka-bentuk. Korang dapat meletakkan efek istimewa daripada kompilasi templat yang ada pada app tersebut. Di bawah ini kami listkan antara app-app “free-of-charge” yang korang perlu try.

1. Adobe Spark Post

App “free-of-charge” dari Adobe ini membenarkan korang untuk membuat teks dan gambar untuk nampak lebih unik. Ianya menjadi kaedah yang paling laju dan sangam easy untuk membuat corak yang lebih unik dalam segala bentuk. Start dengan beberapa saat beserta templat yang dicipta dengan profesional, korang dapat “meng-edit” dengan beberapa cara. App ini ada sedikit jenis tulisan, animasi dan efek istimewa rekabentuk lain yang korang boleh tambah. Korang just kena pilih gambar yang mana, tambah teks dan apply filter rekaan untuk buat grafik lebih istimewa.

Antara kriteria Adobe Spark Post ialah:

  • Tukar saiz secara automatik dengan ikut kesesuaian media sosial yang dipilih.
  • Membuat animasi yang dapat di-share menjadi video.
  • Tulisan Magik
  • Filter Rekabentuk
  • Tukar palet warna rekabentuk secara automatik.

App ini support platform Android, iOS dan Desktop dengan korang perlu ada Adobe ID. Adobe Spark ada ciri premium dimana korang dapat buang watermark Adobe Spark dalam setiap projek, menambah logo korang sendiri, warna atau jenis teks, memiliki lebih banyak templat dan tema dengen kriteria-kriteria lain. Ciri premium ini dapat dibeli dengan cara bulanan atau tahunan.

2. Unfold

App Unfold ada templat minimalis dan lawa untuk membuat kandungan media sosial nampak lebih cool dan tersusun. App ini support gambar dan video dengan ada perlbagai pilihan rekaan untuk setiap koleksi. App ini ada sedikit ciri percuma dan korang dapat membeli Unfold+ yang ada ciri premium sebagai bulanan atau tahunan. Antara ciri premium Unfold+ ialah koleksi baru dapat diakses lebih awal dari yang lain.

Apa yang boleh dilakukan dengan Unfold?

  • Terdapat lebih 150 templat dari kesemua koleksi yang sedia ada.
  • Terdapat 10 filter untuk gambar yang diambil secara direct dengan kamera Unfold.
  • Terdapat lebih 5 pilihan jenis tulisan.
  • Dapat menambah pelekat GIF.
  • Support mod gelap.

App ini tidak memerlukan korang untuk sign up akaun baru. App ini boleh di download di App Store dan Google Play.

3. StoryArt

StoryArt ialah app untuk meng-edit Instagram Stories yang terdapat lebih 1000 templat untuk menolong korang membuat susunan yang lebih unik. App ini sangat mudah digunakan, sebab ia menyediakan banyak templat pratetap yang korang dopat guna secara langsung untuk membuat Instagram Stories. Selain itu, App ini ada banyak pilihan untuk menambah kesan rekaan. Korang dapat menambah tulisan dengan macam-macam jenis design, filter, tema, dan sebagainya.

Apa yang boleh dilakukan dengan Story Art?

  • 1000+ templat untuk menghasilkan feed yang lebih menarik.
  • 70+ tema untuk dipilih termasuk Filem, Marble, Retro, dan Minimalis.
  • 300+ templat bagi kandungan animasi.
  • Boleh melaraskan kelajuan video dengan laju/perlahan.

App StoryArt dapat dicari di App Store dan Google Play. Korang juga dapat membeli StoryArt Pro dengan cara bulanan, tahunan atau pembelian sekali sahaja pada harga RM79.90 yang membenarkan korang mengguna lebih 80 Pro Filter, dapat templat baru setiap minggu, dan ciri-ciri premium lain.

4. Canva

Selain menawarkan rekaan unik bagi Instagram Stories, app ini juga ada segala keperluan rekebentuk grafik antaranya pembuatan logo, kad undangan birthday dan macam-macam lagi. Demi memperoleh lebih banyak ciri premium seperti lebih 500 jenis teks yang istimewa, akses yang tidak terhad untuk 1.5 juta ikon yang unik, ilustrasi dan gambar yang berkualiti tinggi, korang dapat membeli Canva Pro dengan cara bulanan atau tahunan. Korang juga dapat try Canva Pro secara “free-of-charge” selama 2 minggu.

Apa yang ada pada Canva?

  • 60,000+ template
  • Lebih 1 juta gambar background.
  • Terdapat alat rekaan yang pelbagai
  • Terdapat koleksi pelekat, lencana, ikon, bingkai, dan tekstur yang banyak.

Canva boleh di download di App Store atau Google Play dan adalah antara app yang terdapat penarafan tertinggi di kedua-dua platform. App ini korang perlu daftar masuk terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan ciri-ciri yang ada.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari app untuk membuat kandungan yang menarik dan lain dari yang lain bagi perkongsian di media sosial, korang boleh lah mencuba salah satu app yang tersenarai diatas. Korang boleh juga kongsi kan app app menarik lain yang korang gunakan diruangan komen.

Gambar : Google

Sumber :

Oleh : Muhd Adry & Solihin